Hutang Kerajaan Persekutuan RM685.1 bilion

Hutang Kerajaan Persekutuan RM685.1 bilion - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Hutang Kerajaan Persekutuan RM685.1 bilion, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Hutang Kerajaan Persekutuan RM685.1 bilion
link : Hutang Kerajaan Persekutuan RM685.1 bilion

Baca juga


Hutang Kerajaan Persekutuan RM685.1 bilion

Hutang Kerajaan Persekutuan RM685.1 bilion
MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS -  2 NOVEMBER 2017

KUALA LUMPUR - Jumlah hutang Kerajaan Persekutuan pada akhir Jun 2017 adalah sebanyak RM685.1 bilion atau 50.9 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Kementerian Kewangan dalam jawapan lisan berkata, kerajaan terus komited untuk memastikan paras hutang Kerajaan Persekutuan tidak melebihi 55 peratus daripada KDNK.

"Daripada jumlah berkenaan, 96.7 peratus atau RM662.4 bilion adalah hutang domestik manakala 3.3 peratus atau RM22.7 bilion merupakan pinjaman luar pesisir.

"Kedudukan hutang Kerajaan Persekutuan kekal terurus dan dikategorikan sebagai negara keberhutangan sederhana," katanya.

Kementerian itu menjawab soalan Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh) yang meminta Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menyatakan jumlah hutang negara dalaman serta luaran dan menyenaraikan 10 pemiutang terbesar kerajaan dan pinjaman yang diberikan oleh setiap pemiutang.

Dari segi pemiutang atau pegangan hutang kepada Kerajaan Persekutuan, RM496.2 bilion atau 72.4 peratus bon dan sukuk kerajaan dipegang oleh pelabur domestik.

"Pelabur terdiri daripada institusi yang kukuh dan berjangka panjang seperti Bank Negara dan institusi perbankan iaitu sebanyak 29.7 peratus, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (27.2 peratus), syarikat insurans (4.5 peratus) Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (3.5 peratus), institusi kewangan pembangunan (3 peratus), institusi kewangan bukan (0.1 peratus) dan lain-lain (4.4 peratus).

"Manakala baki RM188.8 bilion atau 27.6 peratus dipegang oleh bukan pemastautin seperti pengurus dana/aset (10 peratus), bank pusat, supranasionaln dan kerajaan (8.5 peratus), dana persaraan (4.8 peratus), institusi perbankan (2.3 peratus), syarikat insurans (0.8 peratus), institusi dua hala dan pelbagai hala dan lain-lain (1.2 peratus)," ujarnya.

Untuk memastikan paras hutan Kerajaan Persekutuan kekal rendah dan terurus, menurutnya, langkah konsolidasi fiskal akan terus diamalkan bagi mengurangkan defisit secara berperingkat.


Thus Article Hutang Kerajaan Persekutuan RM685.1 bilion

Itulah artikel Hutang Kerajaan Persekutuan RM685.1 bilion Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Hutang Kerajaan Persekutuan RM685.1 bilion dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/11/hutang-kerajaan-persekutuan-rm6851.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Hutang Kerajaan Persekutuan RM685.1 bilion"

Post a Comment