Tajuk : Inilah punca sebenar masalah banjir di Negeri Pulau Pinang.
link : Inilah punca sebenar masalah banjir di Negeri Pulau Pinang.
Inilah punca sebenar masalah banjir di Negeri Pulau Pinang.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dalam jawapan bertulis kepada Lim Guan Eng (DAP-Bagan), berkata Kerajaan persekutuan membelanjakan RM1.04 bilion daripada jumlah RM2.57 bilion yang diperuntukkan untuk projek tebatan banjir di Pulau Pinang, Dewan Rakyat diberitahu.~ sumber
Sebelum ini Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman. yang juga merupakan pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Zainal Abidin mengkritik kerajaan negeri kerana banjir masih berlaku walaupun kerajaan pusat membelanjakan RM2 bilion untuk 10 projek tebatan banjir.
Mana satu yang benar ni??
Menteri kata dah belanjakan RM1.04 bilion, tetapi Pengerusi Tindakan Persekutuan Pulau Pinang kata dah belanja RM2 bilion! Kah! Kah! Kah! Masing-masing menggelabah sampai tak tahu angka sebenar!
Dua-dua orang tu mohong saja kerjanya!
Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Trafik Dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow menyangkal dakwaan kononnya Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan sebanyak RM2.6 bilion bagi projek tebatan banjir di Pulau Pinang.
Menurutnya hanya RM443 juta daripada RM2.6 bilion sahaja yang dibelanjakan.
“Sebenarnya RM2.6 billion adalah nilai projek-projek yang dipohon oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Pulau Pinang tetapi peruntukan asal ini telah dipinda dan jumlah sebenarnya dibelanjakan adalah cuma RM443 juta sahaja,” katanya
Kenyataan ini dibuat ekoran dakwaan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar dan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Datuk Seri Zainal Abidin bin Osman.
Mereka dilaporkan berkata bahawa kerajaan persekutuan telah melaksanakan projek tebatan banjir sebanyak RM2.6 bilion di Pulau Pinang dalam tempoh Rancangan Malaysia (RMK) ke-9 hingga ke-11 (2006 hingga 2020).
“Daripada kenyataan Menteri dan juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan , jelasnya Kerajaan Persekutuan mempunyai peranan yang besar dalam melaksanakan projek-projek tebatan banjir,” kata beliau.
Beliau berkata, Kerajaan Negeri berhak menuntut supaya Kerajaan Persekutuan menunaikan kewajipan untuk menangani masalah banjir di Negeri Pulau Pinang.
“Sekiranya projek-projek yang dilaksanakan seperti dirancangkan dengan peruntukan yang asal, adalah dipercayai lebih banyak kawasan hotspot dapat dibebaskan daripada masalah banjir kilat,” katanya lagi.
Inilah punca sebenar masalah banjir di Negeri Pulau Pinang - Kerajaan Persekutuan gagal menunaikan komitmen mereka.
Inilah punca sebenar masalah banjir di Negeri Pulau Pinang - Kerajaan Persekutuan gagal menunaikan komitmen mereka.
Thus Article Inilah punca sebenar masalah banjir di Negeri Pulau Pinang.
Itulah artikel Inilah punca sebenar masalah banjir di Negeri Pulau Pinang. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Inilah punca sebenar masalah banjir di Negeri Pulau Pinang. dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/11/inilah-punca-sebenar-masalah-banjir-di.html
0 Response to "Inilah punca sebenar masalah banjir di Negeri Pulau Pinang."
Post a Comment