Tajuk : JAWAPAN KEPADA ALASAN USTAZ IDRIS MENGAPA PAS 'BERKECUALI" DAN TIDAK MENOLAK BAJET
link : JAWAPAN KEPADA ALASAN USTAZ IDRIS MENGAPA PAS 'BERKECUALI" DAN TIDAK MENOLAK BAJET
JAWAPAN KEPADA ALASAN USTAZ IDRIS MENGAPA PAS 'BERKECUALI" DAN TIDAK MENOLAK BAJET
Oleh Wfauzdin Ns
PAS berkecuali samada menerima atau menolak Bajet sewaktu undian dibuat di dalam Parlimen. Apa alasan Pas berbuat demikian?
Mari kita lihat apa yg Ustaz Idris Ahmad sebut untuk memberikan alasan mengapa Pas bertindak 'berkecuali'. Katanya:
" Jikalau Ahli Parlimen PAS tolak bajet, tiba-tiba sewaktu bahas kita minta kerajaan berikan projek sekolah, hospital, jalan raya dan lain-lain lagi. Bukankah ini satu kepelikan, tolak tetapi minta projek?. " ~ SUMBER
Begitu dangkal sekali pemikiran Us Idris. Jika itulah alasan Pas untuk berkecuali, memang patut pun Pas tidak pernah bersungguh2 untuk menukar kerajaan Umno/Bn. Sebab, kalau Pas lawan rejim yg ada sekarang, bukankah satu kepelikan jika Pas mohon projek dari kerajaan untuk negeri yg diperintahnya? Betulkan begitu?
Oleh kerana kita mahu projek, kita mahu masjid, jalanraya, elaun dan sebagainya dari kerajaan, maka jangan sesekali bantah kerajaan Paling baik adalah Pas tidak perlu jadi parti politik kerana apa guna ada parti politik jika tidak membawa hasrat rakyat?
Pakatan Harapan sedar, meskipun semua Wakil Rakyat dari PH menolak Bajet, kerajaan tetap menang dari segi undian dan sokongan di Parlimen bagi meneruskan Bajet yg dibentangkan oleh Najib.
Tetapi mengapa PH menolaknya?
PH menolaknya adalah kerana mewakili suara rakyat agar penyakit besar yg ada di dalam Bajet tersebut akan menyusahkan rakyat, iaitu GST. PH menolaknya kerana Bajet tersebut tidak menunjukkan dari mana kerajaan akan perolehi wang untuk memberikan peruntukan kpd banyak perkara yg dijanjikan di dalam bajet tersebut termasuk bagaimana kerajaan akan mendapatkan wang bagi menyelesaikan hutang2 tertunggak berjumpah puluhan Bilion ringgit itu termasuk faedah dari hutang 1MDB yg menjadi skandal terbesar di dunia itu?
PH tidak boleh menerima satu Bajet yg jelas untuk 'membeli' dan 'mengkhayalkan' rakyat untuk seketika. Malangnya, Pas tidak melihat itu satu kewajipan untuk ditentang.
Apabila Bajet ini ditentang oleh PH, paling tidak rakyat faham bahawa kita yakni Wakil2 Rakyat yg mereka pilih telah menentang kecurangan kerajaan ini.
Malang sungguh rakyat yg telah memberikan kepercayaan dan undi kepada wakil2 rakyat dari Pas, kecuali seorang Wakil Rakyat dari Pokok Sena yg tahu erti kesusahan rakyat.
Hadi Awang seperti biasa, langsung tidak sensitif dengan Bajet. Beliau cuma akan hadir jika RUU Akta 355 mahu dibahas. Kalau itu yg Hadi tunggu, umpama Hadi menunggu keretapi lalu di Rusila.
Thus Article JAWAPAN KEPADA ALASAN USTAZ IDRIS MENGAPA PAS 'BERKECUALI" DAN TIDAK MENOLAK BAJET
Itulah artikel JAWAPAN KEPADA ALASAN USTAZ IDRIS MENGAPA PAS 'BERKECUALI" DAN TIDAK MENOLAK BAJET Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel JAWAPAN KEPADA ALASAN USTAZ IDRIS MENGAPA PAS 'BERKECUALI" DAN TIDAK MENOLAK BAJET dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/11/jawapan-kepada-alasan-ustaz-idris.html
0 Response to "JAWAPAN KEPADA ALASAN USTAZ IDRIS MENGAPA PAS 'BERKECUALI" DAN TIDAK MENOLAK BAJET"
Post a Comment