Mahathir-Anwar: Gayanya pertikaian,dendam mendalam masih belum padam?

Mahathir-Anwar: Gayanya pertikaian,dendam mendalam masih belum padam? - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Mahathir-Anwar: Gayanya pertikaian,dendam mendalam masih belum padam?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Mahathir-Anwar: Gayanya pertikaian,dendam mendalam masih belum padam?
link : Mahathir-Anwar: Gayanya pertikaian,dendam mendalam masih belum padam?

Baca juga


Mahathir-Anwar: Gayanya pertikaian,dendam mendalam masih belum padam?

Sokongan terhadap PH berkurang jika Tun M terus serang peribadi Anwar
Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar - 23-11-2017 01:11
SHAH ALAM: Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini berkenaan kes liwat Ketua Umum PKR itu hanya akan menjejaskan kerjasama mereka di dalam Pakatan Harapan (PH).

Penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata situasi itu 'tidak baik' untuk gagasan pembangkang itu di kala sedang bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

"Bukan setakat menjejaskan sokongan terhadap PKR, malah akan menyebabkan PKR sendiri sukar menyokong Dr Mahathir dan calon-calon PPBM.

"Sebelum ini saya pernah sebut antara Dr Mahathir dan Anwar hanya indah di permukaannya sahaja sedangkan yang di dalamnya masih lagi terdapat pelbagai pertikaian, kecelaruan, dendam mendalam," katanya kepada Antarapos, hari ini.

Kamarul berkata demikian sebagai respon terhadap dialog 'town hall' bersama anak muda di Petaling Jaya, dua malam lalu di mana Dr Mahathir diajukan pelbagai soalan daripada peserta berhubung pegangannya terhadap dakwaan Anwar sebagai peliwat.

Pengerusi PH itu bagaimanapun menjawab kesemua soalan berkaitan perkara itu secara samar malah mendakwa dirinya tidak terlibat dengan tindakan polis yang menyiasat kegiatan salah laku seks Anwar pada tahun 1998.

Bagaimanapun ketika sidang media selepas sesi dialog itu tamat, Dr Mahathir menjelaskan beberapa perlakuan seks luar tabie yang didakwa dilakukan Anwar.

Dr Mahathir berkata dirinya tidak dapat menerima seorang peliwat menjadi pemimpin negara, selepas dirinya mengetahui Anwar bukan sahaja meliwat bahkan turut 'melancapi' mangsanya.

"Mencerminkan bahawa Dr Mahathir sekadar mahu menggunakan Anwar untuk kepentingan politiknya. Sedangkan pada masa yang sama tidakkah beliau tidak tahu apabila beliau mengatakan begitu ini akan menjejaskan sokongan rakyat.

"Selepas ini saya rasa akan ada lagi kenyataan lagi akan keluar dan akan menjejaskan peluang PH," kata Kamarul lagi.

Kenyataan Dr Mahathir pada Selasa malam itu turut mengundang reaksi bekas ahli seumur hidup PKR, Badrul Hisham Shaharin yang mendakwa Dr Mahathir sengaja menggunakan sesi dialog itu untuk terus menghina Anwar.

Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard mendakwa hubungan baik bekas perdana menteri itu dengan Anwar pada ketika ini sekadar untuk menyelamatkan dirinya dan ahli keluarga.

Kamarul dalam pada itu berpendapat sikap Dr Mahathir yang kerap mengitar hal Anwar dengan kegiatan seks luar tabie itu akan mengurangkan sokongan orang ramai terhadap dirinya, malah menjejaskan rasa hormat di kalangan pemimpin-pemimpin PH.

"Beliau adalah Pengerusi PH, sepatutnya pengerusi kena menasihati orang lain. Namun apabila pengerusi perlu dinasihati pemimpin-pemimpin lain, maka kena letak jawatanlah. Kerana tidak ada lagi aura sebagai pengerusi," ujarnya. - sh


Thus Article Mahathir-Anwar: Gayanya pertikaian,dendam mendalam masih belum padam?

Itulah artikel Mahathir-Anwar: Gayanya pertikaian,dendam mendalam masih belum padam? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Mahathir-Anwar: Gayanya pertikaian,dendam mendalam masih belum padam? dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/11/mahathir-anwar-gayanya-pertikaiandendam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mahathir-Anwar: Gayanya pertikaian,dendam mendalam masih belum padam?"

Post a Comment