Mahkamah kekal penjara 7 tahun terhadap polis sembunyi maklumat pengganas

Mahkamah kekal penjara 7 tahun terhadap polis sembunyi maklumat pengganas - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Mahkamah kekal penjara 7 tahun terhadap polis sembunyi maklumat pengganas, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Mahkamah kekal penjara 7 tahun terhadap polis sembunyi maklumat pengganas
link : Mahkamah kekal penjara 7 tahun terhadap polis sembunyi maklumat pengganas

Baca juga


Mahkamah kekal penjara 7 tahun terhadap polis sembunyi maklumat pengganas

 
Jusninawati Abdul Hani didapati bersalah atas dakwaan sengaja tidak memasukkan maklumat berkaitan kegiatan pengganas.


Jusninawati-Abdul-Gani-2


PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 7 tahun terhadap seorang anggota polis wanita kerana menyembunyikan maklumat aktiviti berkaitan keganasan daripada pihak berkuasa.

Panel 3 hakim terdiri daripada Datuk Wira Mohtarudin Baki, Datuk Seri Zakaria Sam dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil sebulat suara menolak rayuan Koperal Jusninawati Abdul Gani terhadap sabitan dan hukuman ke atasnya.

Hakim Mohtarudin yang mempengerusikan panel itu berkata mahkamah berpendapat bahawa isu yang dibangkitkan oleh peguamnya dalam rayuan itu tidak mempunyai merit.

Mahkamah Rayuan kemudiannya mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mendapati Jusninawati, 36, bersalah dan menjatuhi hukuman penjara 7 tahun terhadapnya.

Jusninawati, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, didakwa sengaja tidak memasukkan maklumat berkaitan kegiatan pengganas di ibu pejabat polis itu antara Ogos 2015 dan 22 Mac tahun lepas.

Pesuruhjaya kehakiman ketika itu, Datuk Nordin Hassan mendapati Jusninawati bersalah atas pertuduhan itu, dan menegaskan bahawa adalah tidak munasabah bagi tertuduh, seorang anggota polis, untuk menyembunyikan maklumat seperti itu daripada pihak berkuasa.

Jusninawati diwakili peguam Faizal Rahman dan Nik Zarith Nik Mustapha manakala Timbalan Pendakwa Raya Nurshafini Mustafha mewakili pendakwaan.



Thus Article Mahkamah kekal penjara 7 tahun terhadap polis sembunyi maklumat pengganas

Itulah artikel Mahkamah kekal penjara 7 tahun terhadap polis sembunyi maklumat pengganas Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Mahkamah kekal penjara 7 tahun terhadap polis sembunyi maklumat pengganas dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/11/mahkamah-kekal-penjara-7-tahun-terhadap.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mahkamah kekal penjara 7 tahun terhadap polis sembunyi maklumat pengganas"

Post a Comment