Najib marah Dr M tuduh kerajaan jual kedaulatan negara

Najib marah Dr M tuduh kerajaan jual kedaulatan negara - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Najib marah Dr M tuduh kerajaan jual kedaulatan negara, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Najib marah Dr M tuduh kerajaan jual kedaulatan negara
link : Najib marah Dr M tuduh kerajaan jual kedaulatan negara

Baca juga


Najib marah Dr M tuduh kerajaan jual kedaulatan negara

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak meluahkan rasa kecewa dan marah terhadap fitnah besar yang dilemparkan Tun Dr Mahathir Mohamad bersabit usahasama Malaysia-China, yang dikatakan mahu menggadai kedaulatan negara. 
 
Najib sekaligus membidas Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu, yang kononnya mahu mengkaji semula semua kerjasama yang terjalin seandainya menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang. 
 
“Nak kaji semula kononnya kalau mereka menang segala-gala usaha sama dengan negara cina. Mereka mengugut untuk ubah segalanya. Kononnya kita sudah jual ‘sovereignty’. Kepala bapak engkau!
 
“Tidak logik. Tiada kehilangan kedaulatan! Bodoh! Kita bukan bodoh. Kuantan Industrial Park orang Malaysia tidak boleh masuk. Bodoh punya kerja. 
 
Saya tak pernah lihat tindakan begitu bodoh nak tipu rakyat Malaysia. Itu tanah kita, kedaulatan kita, sesiapa sahaja boleh masuk. Takkan Malaysian tak boleh masuk. Jangan tipu. Saya begitu marah sebab dia (Tun Dr Mahathir) menipu. Sangat merepek dan menyedihkan. Pergi pulak ke Forest City bising-bising. Macam macam cerita," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung MCA kali ke-64 yang berlangsung di Wisma MCA, Jalan Ampang di sini. 
 
Mengulas isu projek Forest City  yang sengaja digembar-gemburkan pembangkang itu, Perdana Menteri berkata tanah yang terlibat itu merupakan tanah-tanah tebus guna maka tidak timbul isu ‘menjual’ kedaulatan negara seperi yang dibangkitkan sebelum ini. 
 
Itu semua tanah yang dituntutlah. Bukan tanah Johor pun. Anda fikir rakyat begitu bodoh. Mentaliti begitu. Tak boleh berfikir. Mereka ini membazir masa,” jelasnya.
 
Dr Mahathir menerusi blognya, chedet.cc sebelum ini mendakwa, Perdana Menteri mahu menjual negara secara tidak langsung apabila menjalin hubungan ekonomi erat dengan China.
 
Beliau juga mendakwa, pinjaman negara sebanyak RM55 bilion daripada China untuk membina Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).
 
Sedangkan, Dr Mahathir sendiri pernah melobi agar China menjadi kuasa terbesar dunia mengatasi Amerika Syarikat ketika beliau menjadi perdana menteri.
 
 


Thus Article Najib marah Dr M tuduh kerajaan jual kedaulatan negara

Itulah artikel Najib marah Dr M tuduh kerajaan jual kedaulatan negara Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Najib marah Dr M tuduh kerajaan jual kedaulatan negara dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/11/najib-marah-dr-m-tuduh-kerajaan-jual.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Najib marah Dr M tuduh kerajaan jual kedaulatan negara"

Post a Comment