Negara berada dalam tangan pimpinan yang tepat?

Negara berada dalam tangan pimpinan yang tepat? - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Negara berada dalam tangan pimpinan yang tepat?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Negara berada dalam tangan pimpinan yang tepat?
link : Negara berada dalam tangan pimpinan yang tepat?

Baca juga


Negara berada dalam tangan pimpinan yang tepat?

Yakinlah, negara berada dalam tangan pimpinan yang tepat - PM Najib
Israr KhalidAstro Awani |  November 15, 2017 23:18 MYT
Yakinlah, negara berada dalam tangan pimpinan yang tepat - PM Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melambaikan tangan kepada orang ramai pada pelancaran Expo Negaraku 2017 di Dataran Merdeka malam ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat Malaysia seluruhnya tetap yakin dengan kerajaan sedia ada.

Tegasnya, dengan segala pembangunan infrastruktur yang telah dibina dan setiap perancangan yang sedang diusahakan, rakyat boleh optimis bahawa negara berada dalam tangan pimpinan yang tepat untuk terus mencipta kemajuan dan kesejahteraan.

Ujar beliau, ia bukan sekadar omong kosong, malah kerajaan berpijak pada bumi yang nyata dan manfaat daripada setiap usaha kerajaan yang telah terlaksana boleh dilihat serta dirasai sendiri seluruh rakyat
“Dulu masa kita nak buat MRT, ramai yang bantah dan protes projek tersebut. Hari ini ramai yang akui dan berpuas hati dengan kemudahan itu, malah ada yang sesal kerana berhampiran kediaman atau premis perniagaan mereka tiada laluan MRT.

“Malah saya difahamkan peniaga sate di Kajang juga, perniagaan mereka melonjak semenjak beroperasinya MRT,” katanya ketika berucap merasmikan Expo Negaraku 2017 di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Oleh itu beliau mahu rakyat sedar bahawa kerajaan mempunyai perancangan, ia kemudian dilaksanakan dengan baik dan akan terus merancang lebih banyak perkara demi rakyat.

Menurut Najib, itulah matlamat penganjuran ekspo tersebut di mana rakyat boleh melihat dan merasai sendiri dengan lebih dekat kemampuan kerajaan untuk terus memacu negara di landasan yang tepat.

“Pendek kata, your future is in good hands (masa depan anda terjamin). Ini yang saya nak beritahu. Tak payah pandang kiri, tak payah pandang kanan, tak payah termakan janji apatah lagi hasutan kebencian yang ditabur pihak berkenaan.

“Berpegang paut pada apa yang ada hari ini, insya-Allah kita akan bawa kepada masa depan untuk Malaysia harum di persada antarabangsa,” ujarnya.

Ekspo yang berlangsung selama sebulan hingga 15 Disember itu mengetengahkan setiap pembangunan yang telah dibina serta perancangan negara untuk masa hadapan menerusi pameran interaktif.

* Tepat? Sepanjang hidup aku ketika negara di bawah PM sebelum ini tak pernah pula rasa lemas sebegini untuk kelangsungan hidup! Bagaimana yang orang berakal nak yakin?


Thus Article Negara berada dalam tangan pimpinan yang tepat?

Itulah artikel Negara berada dalam tangan pimpinan yang tepat? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Negara berada dalam tangan pimpinan yang tepat? dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/11/negara-berada-dalam-tangan-pimpinan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Negara berada dalam tangan pimpinan yang tepat?"

Post a Comment