Opp Lalang: Rupanya Rahim Noor dan Hanif Omar yakinkan Mahathir Operasi itu perlu dilakukan

Opp Lalang: Rupanya Rahim Noor dan Hanif Omar yakinkan Mahathir Operasi itu perlu dilakukan - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Opp Lalang: Rupanya Rahim Noor dan Hanif Omar yakinkan Mahathir Operasi itu perlu dilakukan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Opp Lalang: Rupanya Rahim Noor dan Hanif Omar yakinkan Mahathir Operasi itu perlu dilakukan
link : Opp Lalang: Rupanya Rahim Noor dan Hanif Omar yakinkan Mahathir Operasi itu perlu dilakukan

Baca juga


Opp Lalang: Rupanya Rahim Noor dan Hanif Omar yakinkan Mahathir Operasi itu perlu dilakukan

Dr Mahathir rela dipersalahkan kerana Operasi Lalang
TMI · Diterbitkan pada 1 Nov 2017 8:14PM
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau sendiri pernah bertanya kepada polis sama ada ISA wajar dimansuhkan atau tempoh penahanan dipendekkan menjadi setahun. – Gambar fail The Malaysian Insight, 1 November, 2017

BEKAS perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad rela dipersalahkan di atas penahanan serta penyeksaan dialami tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam Operasi Lalang 1987 walaupun ia bukan keputusannya.

“Saya rela disalahkan walaupun penahanan tersebut bukan keputusan saya,” kata Dr Mahathir dalam catatan terbaru di blog popularnya chedet.cc.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, beliau sendiri pernah bertanya kepada polis sama ada ISA wajar dimansuhkan atau tempoh penahanan dipendekkan menjadi setahun.

"Mereka (polis) tidak setuju”.

Sebelum ini, bekas ketua pengarah Cawangan Khas pada 1987, Abdul Rahim Noor memberitahu The Malaysian Insight, keputusan menahan 106 pemimpin politik dan aktivis dalam Operasi Lalang bagi mengelakkan tragedi berdarah seperti Memali dan 13 Mei 1969 berulang. 

Rahim berkata, beliau dan bekas ketua polis negara pada ketika itu Hanif Omar bertemu Dr Mahathir untuk meyakinkannya Operasi Lalang perlu dilakukan bagi menjamin keselamatan negara.

Dr Mahathir yang merupakan perdana menteri keempat Malaysia itu berkata beliau kesal apabila diberitahu tahanan ISA turut diseksa.

"Saya kesal tahanan Operasi Lalang diseksa. Ini melanggar undang-undang," katanya.

Sebelum ini bekas tahanan Operasi Lalang, Dr Chandra Muzaffar dalam satu wawancara bersama The Malaysia Insight berkata Dr Mahathir tidak perlu minta maaf kerana ia tidak akan mengubah apa-apa.

"Tidak ada apa gunanya untuk Dr Mahathir meminta maaf. Adalah lebih baik sekiranya Dr Mahathir bermuhasabah, melihat dirinya sendiri dan seluruh kariernya dan apa yang telah beliau lakukan.

"Bahawa seseorang boleh menukar pendiriannya seperti menukar baju, tanpa melalui proses muhasabah, ini sangat mengganggu saya," kata Dr Chandra, dalam wawancara sempena ulang tahun ke-30 Operasi Lalang.

Beliau juga memaklumkan sudah lama memaafkan Dr Mahathir dan tidak menyimpan sebarang dendam.

"Tidak ada dendam dalam hati saya. Saya sudah sebut hal ini semasa saya dibebaskan. Tidak ada rasa marah dan kecewa.

"Ada orang yang mungkin mahu membawa luka masa lalu itu sampai sekarang, dan sampai ke masa depan. Saya tidak fikir itu caranya," katanya.

Chandra merupakan antara 106 yang ditahan tanpa bicara di bawah ISA, dalam operasi bersepadu bermula pada 27 Oktober 1987.

Beliau ketika itu adalah Presiden Persatuan Aliran Kesedaran Negara (Aliran), sebuah pergerakan masyarakat sivil yang bertapak di Pulau Pinang, yang memperjuangkan pembaharuan sosial di Malaysia.

Dalam tulisannya hari ini Dr Mahathir menyatakan perkara pertama dilakukannya selepas menjadi perdana menteri ialah mengarahkan semua 21 tahanan politik yang dipenjara mengikut ISA dibebaskan.

"Saya melakukannya kerana saya tak suka penahanan tanpa bicara sejak Aziz Ishak ditangkap," katanya merujuk kepada tokoh pejuang kemerdekaan, penulis dan wartawan yang pernah bergiat dalam pertubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM).

Adik kepada presiden pertama Singapura Yusuf Ishak itu dilantik menjadi menteri dalam kabinet Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj bagi tempoh 1955 hingga 1963.

Aziz dituduh menjadi pengkhianat dan bersekongkol dengan ejen Indonesia semasa Malaysia berkonfrontasi dengan negara terbabit. 

Aziz menafikan tuduhan berkenaan namun beliau ditahan antara 1965 hingga 1966.

Menurut Dr Mahathir beliau berharap sepanjang tempoh menjadi perdana menteri tiada sesiapa yang perlu ditahan mengikut ISA.

Bagaimanapun selain Operasi Lalang, ramai lagi ditahan mengikut akta berkenaan sepanjang tempoh 22 tahun Dr Mahathir menjadi perdana menteri termasuk pengikut kepada bekas timbalannya Anwar Ibrahim yang dipecat pada 1998.

Pada 2001, sepuluh orang lagi aktivis gerakan reformasi yang menyokong Anwar turut ditahan di bawah akta sama kerana menganjurkan demonstrasi jalanan.

Bagaimanapun Dr Mahathir turut mengingatkan penahanan mengikut ISA juga berlaku di bawah tiga perdana menteri sebelumnya.

"Mereka tidak pernah dibebaskan atas arahan perdana menteri terbabit," katanya.

ISA digubal pada 1960 untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman dalam negara.

ISA memberi kuasa kepada polis menahan seseorang sehingga 60 hari tanpa perlu dibawa ke mahkamah untuk dituduh.

Walaupun ia bertujuan untuk menghadapi anasir berbahaya pengkritik mengecam akta berkenaan kerana dilihat menjadi alat kepada kerajaan mendiamkan pembangkang.

ISA kini sudah dimansuhkan dan diganti dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau lebih dikenali sebagai Sosma. – 1 November, 2017.

* Persoalannya, apa perlunya mereka diseksa?

Rujuk blog chedet di sini

Opp Lalang:  versi Chandra muzaffar


Thus Article Opp Lalang: Rupanya Rahim Noor dan Hanif Omar yakinkan Mahathir Operasi itu perlu dilakukan

Itulah artikel Opp Lalang: Rupanya Rahim Noor dan Hanif Omar yakinkan Mahathir Operasi itu perlu dilakukan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Opp Lalang: Rupanya Rahim Noor dan Hanif Omar yakinkan Mahathir Operasi itu perlu dilakukan dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/11/opp-lalang-rupanya-rahim-noor-dan-hanif.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Opp Lalang: Rupanya Rahim Noor dan Hanif Omar yakinkan Mahathir Operasi itu perlu dilakukan"

Post a Comment