Tajuk : Pelaku jenayah: Pas cadang tarik balik anugerah pingat kehormat
link : Pelaku jenayah: Pas cadang tarik balik anugerah pingat kehormat
Pelaku jenayah: Pas cadang tarik balik anugerah pingat kehormat
Pas mencadangkan anugerah pingat kehormat negeri atau persekutuan kepada mana-mana individu yang terlibat dalam perlakuan jenayah atau disabit kesalahan rasuah ditarik balik.
Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataan hari ini berkata, penerima-penerima pingat begini bukan sahaja mencemarkan nama baik Sultan atau YDP Agong yang menganugerahkan pingat kebesaran tersebut, bahkan gagal membawa nilai baik dari anugerah tersebut.
“Setiap bintang kebesaran negeri atau persekutuan mempunyai nilai yang tinggi dan mesti dipelihara.
“Penerima sewajibnya mempunyai kedudukan tinggi dalam masyarakat dan ia mesti mempamerkan akhlak terpuji.
“Malangnya apabila mereka terlibat dalam perlakuan jenayah atau tindakan samseng, ia telah merosakkan nama baik Tuanku Sultan atau YDP Agong yang menganugerahkan pingat itu,” ujarnya yang dipercayai merujuk kepada kes terkini membabitkan seorang Datuk Seri yang ditahan kerana didakwa mencederakan pasuka Rela.
Tuan Ibrahim berkata, cadangan itu akan menjadikan penerima pingat kebesaran akan memelihara akhlak dan perlakuan, dan mampu menjadi contoh kepada orang ramai.
Bahkan, Pas juga mencadangkan agar saringan lebih rapi dan ketat perlu diadakan bagi memastikan bakal penerima-penerima anugerah adalah daripada individu yang selayaknya.
Thus Article Pelaku jenayah: Pas cadang tarik balik anugerah pingat kehormat
Itulah artikel Pelaku jenayah: Pas cadang tarik balik anugerah pingat kehormat Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Pelaku jenayah: Pas cadang tarik balik anugerah pingat kehormat dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/11/pelaku-jenayah-pas-cadang-tarik-balik.html
0 Response to "Pelaku jenayah: Pas cadang tarik balik anugerah pingat kehormat"
Post a Comment