RPK di soalsiasat polis di UK

RPK di soalsiasat polis di UK - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk RPK di soalsiasat polis di UK, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : RPK di soalsiasat polis di UK
link : RPK di soalsiasat polis di UK

Baca juga


RPK di soalsiasat polis di UK

Polis soal siasat Raja Petra di United Kingdom
Muzliza Mustafa  · Diterbitkan pada 4 Nov 2017 10:19AM
Polis sudah mengambil keterangan Raja Petra Kamaruddin susulan laporan polis yang dibuat Peguam Negara Mohamed Apandi Ali berkaitan rencana menuduh Apandi terlibat dalam korupsi di blognya. Soal siasat itu berlangsung lima jam pada Rabu lalu di United Kingdom. – Gambar AFP, 4 November, 2017.

POLIS Malaysia sudah mengambil keterangan Raja Petra Kamaruddin di United Kingdom awal minggu ini berkaitan dua laporan polis yang dibuat terhadapnya oleh Peguam Negara Mohamed Apandi Ali.

Satu pasukan terdiri daripada tiga pegawai Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur merekodkan keterangannya pada pertemuan selama lima jam Rabu lalu.

Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun mengesahkan yang pasukan polis dihantar ke UK untuk menyoal siasat Raja Petra.

“Untuk ambil keterangan dia,” kata Fuzi dalam mesej pesanan ringkas kepada The Malaysian Insight.

Polis terpaksa pergi ke UK untuk mengambil keterangan Raja Petra kerana penulis blog pro-Umno itu tinggal dalam buangan di sana.

Dia melarikan diri dari Malaysia selepas didakwa dengan dakwaan hasutan dan fitnah pada 2006 susulan siri rencana yang diterbitkannya mengaitkan Perdana Menteri Najib Razak dan isteri, Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan warga Monglia, Altantuya Shaariibuu.

Laporan polis Apandi yang diklasifikasikan sebagai jenayah fitnah dibuat ke atas Raja Petra yang menuduh peguam negara itu terlibat dalam korupsi menerusi dua rencananya- "Strong rumours surrounding the AG: part 1 and part 2" – yang disiarkan dalam blognya, Malaysia Today.

Antara dakwaan Raja Petra terhadap Apandi adalah peguam negara itu meminta RM4 juta daripada seorang ahli perniagaan Cina yang dikenal pasti sebagai “rakan niaga” Sultan Johor dalam sebuah kes yang dimenanginya.

Raja Petra juga menulis tentang pertemuan yang dikatakan berlaku pada 2015 antara hakim kanan- iaitu bekas Ketua Hakim Negara Arifin Zakaria, Ketua Hakim Negara Md Raud Shariff dan Presiden Mahkamah Rayuan Zulkefli Ahmad Makinuddin- dengan seorang ahli politik kanan membincangkan plot menjatuhkan kerajaan.

Apandi menafikan dakwaan korupsi Raja Petra dan bagaimana kononya dia memperolehi jawatan peguam negara dalam rencana itu menambah yang dia akan menyaman Raja Petra “sampai ke akhirat”.

Dia membuat laporan polis di Kuantan, Pahang dan Jabatan Peguam Negara pula membuat laporan polis kedua di Putrajaya bulan lepas.

Pejabat Apandi juga membuat laporan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap blognya, Malaysia Today. – 4 November, 2017.

Berkaitan: Laporan polis dibuat terhadap Raja Petra kerana artikel seksis terhadap Ambiga


Thus Article RPK di soalsiasat polis di UK

Itulah artikel RPK di soalsiasat polis di UK Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel RPK di soalsiasat polis di UK dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/11/rpk-di-soalsiasat-polis-di-uk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "RPK di soalsiasat polis di UK"

Post a Comment