Saya silap kritik Saudi

Saya silap kritik Saudi - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Saya silap kritik Saudi, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Saya silap kritik Saudi
link : Saya silap kritik Saudi

Baca juga


Saya silap kritik Saudi

Saya silap kritik Saudi, sindir Marina

  | November 27, 2017
Anak sulung bekas perdana menteri itu mengulas kritikan seorang pegawai perdana menteri terhadapnya.

PETALING JAYA: Selepas dikritik seorang pegawai Putrajaya kerana membidas penularan budaya Arab Saudi di kalangan umat Islam Malaysia, Datin Paduka Marina Mahathir memuat naik sindiran tajam terhadap Riyadh dengan menumpukan perhatian terhadap konflik di Yaman.
“Sebenarnya I salah kritik budaya Arab. Saudi kan ikut budaya Amerika, mengebom negara orang habis-habisan?” kata anak sulung perdana menteri itu di Twitter.
Marina merujuk penglibatan Arab Saudi dalam serangan pakatan Arab ke atas Yaman sejak 2015.
Sebelum ini, Datuk Fathul Bari Mat Jahaya, seorang pegawai penasihat khas kepada merdana menteri, yang mempersoalkan tindakan Marina yang membidas penyebaran budaya Arab di negara ini.
Fathul Bari bagaimanapun berkata Marina tidak layak membuat tuduhan itu kerana beliau sendir tidak menonjolkan ciri atau budaya Melayu.
“Cara dia mempromosikan diri dia bukan budaya Melayu sangat pun. Kalau sekiranya contohnya dia memakai baju kebaya ke, pakai kain batik ke, ada nampak ciri-ciri budaya Melayu.
“Budaya kuning masuk, konsert sana sini yang teruk-teruk, pesta sana sini mana suara dia? Kalau ada suara dia bercakap tak apa, tapi dia tak bercakap, maknanya adakah dia sekarang membawa budaya barat masuk dalam negara kita untuk menolak budaya Islam?” katanya kepada FMT semalam.
Marina dipetik akhbar Asia Times mempersoalkan sikap umat Islam mengaitkan agama itu dengan budaya Arab.
“Ada idea mengatakan anda ialah umat Islam lebih baik jika anda lebih Arab. Itu penghapusan warisan budaya kita yang sangat nyata. Budaya Arab sedang tersebar dan saya menyalahkan sepenuhnya ke atas Arab Saudi,” kata aktivis sosial itu.
Fathul Bari bagaimanapun mempertahankan Arab Saudi.
“Tapi (bagaimana) sekiranya dia (Arab Saudi) membawa Islam, cuba menonjolkan keadilan Islam, keamanan, kesejahteraan sepertimana King Salman Centre, nak bicara soal keselamatan negara?” soalnya.
Sejak 2 tahun lalu, Arab Saudi mengetuai gabungan 9 negara Arab melancarkan serangan udara bagi membantu kerajaan Yaman melawan pemberontak puak Houthi dan pihak yang setia kepada bekas presiden Ali Abdullah Saleh.
Puak Houthi merupakan penganut Islam Syiah Zaidi, aliran yang dianuti hampir separuh penduduk Yaman. Kerjasama puak itu dengan Ali dikatakan menambahkan sokongan menggulingkan presiden yang disokong Arab Saudi, Abdrabbuh Mansour Hadi.

Kaitan: ‘Kenapa Marina bidas budaya Arab, membisu budaya barat


Thus Article Saya silap kritik Saudi

Itulah artikel Saya silap kritik Saudi Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Saya silap kritik Saudi dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/11/saya-silap-kritik-saudi.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Saya silap kritik Saudi"

Post a Comment