Tajuk : Soalan menarik dari Dr MAZA: Bolehkah pelampau pulihkan pelampau?
link : Soalan menarik dari Dr MAZA: Bolehkah pelampau pulihkan pelampau?
Soalan menarik dari Dr MAZA: Bolehkah pelampau pulihkan pelampau?
Bolehkah pelampau pulihkan pelampau, soal Asri
Mufti Perlis dipercayai menghalakan kritikannya terhadap pegawai Jakim, Zamihan Mat Zin yang ditugaskan dalam program 'deradikalisasi' anjuran KDN.
PETALING JAYA: Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin mempersoalkan kelayakan penceramah kontroversi Zamihan Mat Zin menjalani program pemulihan melibatkan mereka yang dituduh menyokong IS, walaupun tidak menamakan pegawai Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) itu secara khusus.
“Bolehkah pelampau memulihkan pemikiran pelampau? Ini bukan kali pertama beliau menzahirkan pemikiran pelampaunya,” kata Asri dalam catatan di Facebook, sambil merujuk kritikan terhadap langkah sebuah surau di Pulau Pinang membenarkan orang bukan Islam berehat di ruang solat untuk berlindung daripada banjir paling dahsyat di negeri itu.
“Tidak cukup mengkafirkan sesama Muslim selama ini, diheret pula non-Muslim ke dalam kancah ekstremisme beliau,” tulis Asri.
Ia dipercayai merujuk kritikan Zamihan baru-baru ini selepas gambar mangsa banjir bukan Islam berehat di sebuah surau di Taman Free School, George Town.
Zamihan memuat naik penjelasan panjang lebar fekah, sambil mempersoalkan bukan Islam dibenarkan di ruang solat tanpa menutup aurat. Malah, beliau berkata keadaan belum mencapai “darurat” untuk melakukan sedemikian.
Zamihan merupakan pegawai Jakim yang dipinjamkan kepada Kementerian Dalam Negeri, dan kini aktif menjalankan program pemulihan terhadap tahanan suspek militan.
Dua hari lalu, beliau memuat naik gambar dari Penjara Tapah, Perak di akhir sesi pemulihan dan “deradikalisasi” yang menyentuh hukum jihad, di samping peranan polis dan tentera.
Asri, yang merupakan antara sasaran Zamihan dan pengikutnya di bawah persatuan Ahlus Sunnah Wal Jamaah (Aswaja), mempersoalkan pihak berkuasa yang masih menggunakan khidmatnya di sebalik beberapa kontroversi termasuk isu mengkritik Sultan Johor dan menghina bukan Islam baru-baru ini.
“Pihak berkuasa wajar menilai semula hal ini dengan serius,” tulisnya.
Bulan lalu, Zamihan disiasat di bawah Akta Hasutan, dan dikecam “tin kosong” oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, kerana mempertahankan tindakan sebuah kedai dobi yang enggan menerima pakaian bukan Islam. Zamihan turut dilucutkan tauliahnya di Selangor.
Sebelum ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan dilapor berkata akan mempertimbangkan status Zamihan, tetapi berkata proses memberhentikan beliau “bukan senang” kerana perlu melalui banyak prosedur.
* Berkaitan: TPM: Zamihan pakar pemulihan akidah, masih diperlukan
* Berkaitan: TPM: Zamihan pakar pemulihan akidah, masih diperlukan
Thus Article Soalan menarik dari Dr MAZA: Bolehkah pelampau pulihkan pelampau?
Itulah artikel Soalan menarik dari Dr MAZA: Bolehkah pelampau pulihkan pelampau? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Soalan menarik dari Dr MAZA: Bolehkah pelampau pulihkan pelampau? dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/11/soalan-menarik-dari-dr-maza-bolehkah.html
0 Response to "Soalan menarik dari Dr MAZA: Bolehkah pelampau pulihkan pelampau?"
Post a Comment