Takkan begitu naive dan bodohnya Izzah?

Takkan begitu naive dan bodohnya Izzah? - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Takkan begitu naive dan bodohnya Izzah?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Takkan begitu naive dan bodohnya Izzah?
link : Takkan begitu naive dan bodohnya Izzah?

Baca juga


Takkan begitu naive dan bodohnya Izzah?

* Aku tak fikir sabagaimana Rizal fikir. Izah dibesarkan dan menempuh kematang di dalam gelombang lautan politik.

Mustahil Izzah tidak kenal dan begitu bodoh menelah siapa sebenar musuh dia dan bapanya sekarang. Ya mungkin dulu lain dan sekarang situasi dan suasana dah berubah. Takkan Rizal masih belum kenal dunia?

'Sedarlah Izzah, siapa lawan sebenar bapa anda'
mk      hari ini, 6:34 pm
Datuk Rizal Mansor menyarankan Nurul Izzah Anwar membuka mata dan memikirkan perbezaan penentangan bapanya pada era Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Razak. 

Pegawai khas perdana menteri itu berkata demikian merujuk lawatan Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor ke atas bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 17 November lalu.

Menurut Rizal, jika dibandingkan keadaan Anwar ketika era Mahathir sebelum ini tentunya banyak perbezaan.

"Kata orang, satu gambar membawa seribu satu makna. Begitu juga gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib dan isteri melawat Anwar di hospital yang mendapat 1001 reaksi berbeza segenap lapisan masyarakat.

"Jika dibandingkan keadaan Anwar ketika lawan Mahathir suatu masa dulu dengan ketika ini menentang Datuk Seri Najib, tentunya ada banyak bezanya," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut Rizal merujuk keadaan Anwar ketika penentangan pemimpin gerakan reformasi itu pada era Mahathir.

"Yang kita nampak mata lebam Anwar ketika era lawan Mahathir.

"Hari ini, Anwar tidak lagi bermata lebam dan ketika masuk hospital untuk rawatan, beliau terima lawatan Datuk Seri Najib," katanya.

Rizal menyarankan anak-anak Anwar khususnya Anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah supaya membuka mata dan memikirkan perbezaan antara era  Najib dan era Mahathir.

"Itu belum termasuk kesanggupan Datuk Seri Najib untuk meredah banjir di Pulau Pinang walaupun para pengundi di Pulau Mutiara itu secara majoritinya menyokong DAP.

"Sedarlah Nurul Izzah, siapa lawan sebenar bapa anda walaupun kini Nurul Izzah boleh terima orang yang pernah menjatuhkan bapanya untuk bekerjasama demi kuasa dan survival politiknya," jelasnya.

Semalam Anwar turut dikunjungi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Anwar kini dirawat di hospital selepas menjalani pembedahan di bahu, Ahad lalu.


Thus Article Takkan begitu naive dan bodohnya Izzah?

Itulah artikel Takkan begitu naive dan bodohnya Izzah? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Takkan begitu naive dan bodohnya Izzah? dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/11/takkan-begitu-naive-dan-bodohnya-izzah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Takkan begitu naive dan bodohnya Izzah?"

Post a Comment