[Video GST BOLEH DIHAPUSKAN~Kurangkan Bebanan Rakyat Miskin] Apa jadi dengan lambakan rumah PR1MA yang tidak terjual?

[Video GST BOLEH DIHAPUSKAN~Kurangkan Bebanan Rakyat Miskin] Apa jadi dengan lambakan rumah PR1MA yang tidak terjual? - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk [Video GST BOLEH DIHAPUSKAN~Kurangkan Bebanan Rakyat Miskin] Apa jadi dengan lambakan rumah PR1MA yang tidak terjual?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : [Video GST BOLEH DIHAPUSKAN~Kurangkan Bebanan Rakyat Miskin] Apa jadi dengan lambakan rumah PR1MA yang tidak terjual?
link : [Video GST BOLEH DIHAPUSKAN~Kurangkan Bebanan Rakyat Miskin] Apa jadi dengan lambakan rumah PR1MA yang tidak terjual?

Baca juga


[Video GST BOLEH DIHAPUSKAN~Kurangkan Bebanan Rakyat Miskin] Apa jadi dengan lambakan rumah PR1MA yang tidak terjual?

Sabtu, 25 November 2017

Related image

Apa jadi dengan lambakan rumah PR1MA yang tidak terjual?


KUALA LUMPUR, 24 NOV: Hanya 11,944 atau 10 peratus daripada 141,661 unit rumah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) telah dijual.
Peratusan kecil itu, dakwa Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Edry Faizal Yusuf adalah disebabkan oleh kegagalan pemohonan untuk mendapatkan pinjaman.
Justeru itu, katanya, ia membangkitkan persoalan mengenai lambakan rumah PR1MA yang tidak mampu untuk dijual.
“Difahamkan bahawa sekiranya bakal pembeli tidak berjaya mendapatkan pinjaman untuk membeli rumah PR1MA, unit rumah itu akan dibuka untuk permohonan semula.
“Namun persoalan di atas adalah dalam konteks sekiranya unit rumah itu terus menerus tidak dapat dijual,” ujarnya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, lambakan rumah yang tidak terjual akan menyebabkan ketidakseimbangan pasaran perumahan yang akan turut menjejaskan ekonomi negara.
Edry turut mempersoalkan mengenai skim sewa beli (RTO) yang diumumkan pada 2015 namun sehingga kini masih tidak dibuka untuk permohonan.
“Sepatutnya jika permohonan pinjaman pembeli ditolak oleh pihak bank, pembeli boleh dipertimbangkan untuk menyertai skim RTO.
“Mengikut Skim ini, pemohon akan dapat menyewa rumah PR1MA sehingga 10 tahun, sebelum memutuskan untuk membelinya pada akhir tahun kelima dan kesepuluh, pada harga yang telah ditetapkan,” katanya.
Ahli Majlis Perbandaran Selayang itu turut ingin tahu mengenai perjanjian antara PR1MA dengan syarikat pemaju.
“Disebabkan kekurangan tanah hak milik kerajaan yang boleh diusahakan untuk perumahan PR1MA, terdapat usaha sama dengan pihak pemaju perumahan dalam membina perumahan PR1MA.
“Apabila ini berlaku, ia membuka peluang kepada pemaju untuk menaikkan tahap keuntungan mereka dan seterusnya menjadikan harga rumah lebih tinggi dari harga yang sepatutnya.
“Pihak PR1MA perlu telus dalam perjanjian tahap keuntungan yang ditetapkan dengan syarikat pemaju,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau berharap pihak PR1MA dapat menjawab persoalan yang dibangkitkannya secara terbuka kepada umum.
“Projek PR1MA diwujudkan bertujuan menyediakan perumahan mampu milik kepada rakyat Malaysia.
“Maka setiap rakyat Malaysia berhak mendapatkan penjelasan lanjut. Saya yakin ramai di luar sana yang turut tertanya-tanya dan mahu mendapatkan penjelasan yang jitu,” katanya. – Roketkini.com


Thus Article [Video GST BOLEH DIHAPUSKAN~Kurangkan Bebanan Rakyat Miskin] Apa jadi dengan lambakan rumah PR1MA yang tidak terjual?

Itulah artikel [Video GST BOLEH DIHAPUSKAN~Kurangkan Bebanan Rakyat Miskin] Apa jadi dengan lambakan rumah PR1MA yang tidak terjual? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel [Video GST BOLEH DIHAPUSKAN~Kurangkan Bebanan Rakyat Miskin] Apa jadi dengan lambakan rumah PR1MA yang tidak terjual? dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/11/video-gst-boleh-dihapuskankurangkan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[Video GST BOLEH DIHAPUSKAN~Kurangkan Bebanan Rakyat Miskin] Apa jadi dengan lambakan rumah PR1MA yang tidak terjual?"

Post a Comment