Tajuk : Wan Junaidi tak tolak gelombang kedua banjir landa negeri utara
link : Wan Junaidi tak tolak gelombang kedua banjir landa negeri utara
Wan Junaidi tak tolak gelombang kedua banjir landa negeri utara
ANTARAPOSKUALA LUMPUR: Penduduk di negeri-negeri utara semenanjung diminta agar tetap berwaspada terhadap gelombang kedua banjir berikutan pertukaran angin monsun ketika ini.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Jabatan Meteorologi meramalkan gelombang kedua akan berlaku sebelum tempoh peralihan monsun berakhir hujung bulan ini.
"Jangkaan saya sehingga penghujung bulan November baru pertukaran (monsun) itu habis," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, Wan Junaidi menegaskan bahawa gelombang kedua banjir itu hanya merupakan satu kemungkinan buat masa ini, katanya yang dilaporkan Malaysiakini.
"(Tetapi) negeri-negeri utara (seperti) Perlis, Kedah dan Pulau Pinang kena masih berjaga-jaga," katanya.
Terdahulu Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan, ribut petir, hujan lebat serta angin kencang di Pulau Pinang dan beberapa daerah di Perak dijangka berterusan sehingga awal petang ini.
Dalam satu kenyataan hari ini, jabatan berkenaan berkata, daerah terbabit adalah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk serta Hilir Perak.
Thus Article Wan Junaidi tak tolak gelombang kedua banjir landa negeri utara
Itulah artikel Wan Junaidi tak tolak gelombang kedua banjir landa negeri utara Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Wan Junaidi tak tolak gelombang kedua banjir landa negeri utara dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/11/wan-junaidi-tak-tolak-gelombang-kedua.html
0 Response to "Wan Junaidi tak tolak gelombang kedua banjir landa negeri utara"
Post a Comment