Zaid persoal minat Umno dalam saman Hadi terhadap Clare

Zaid persoal minat Umno dalam saman Hadi terhadap Clare - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Zaid persoal minat Umno dalam saman Hadi terhadap Clare, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Zaid persoal minat Umno dalam saman Hadi terhadap Clare
link : Zaid persoal minat Umno dalam saman Hadi terhadap Clare

Baca juga


Zaid persoal minat Umno dalam saman Hadi terhadap Clare

Bekas menteri, Zaid Ibrahim menyifatkan kritikan Abdul Rahman Dahlan terhadap Ambiga Sreenevasan sebagai taktik mengalihkan tumpuan ke atas prosiding yang berlangsung di UK.
 Datuk Zaid Ibrahim mengkritik Umno dan pemimpinnya yang cuba mengalihkan perhatian daripada isu sebenar di sebalik saman Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

 Merujuk perbicaraan kes yang sedang berlangsung di United Kingdom, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, seseorang tidak akan tahu mengenai laporan Sarawak Report itu, sekurang-kurangnya 10 pegawai PAS daripada Dewan Ulamanya menerima kira-kira RM10 juta daripada dana disyaki 1MDB.

 “Jika anda tidak tahu mengenainya, anda akan menganggap kes itu adalah Clare Rewcastle-Brown dan Datuk Ambiga Sreenevasan melawan Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan serta blogger Umno, berdasarkan berita di internet.

“Serangan terhadap Ambiga dan Clare adalah taktik mengalihkan tumpuan kerana PAS kehilangan sokongan dengan cepat, dan ini bukan apa yang ditawarkan Umno dalam rancangan mereka untuk bekerjasama dalam pilihan raya akan datang,” kata Zaid dalam satu kenyataan.

 Beliau merujuk kritikan Abdul Rahman yang merupakan menteri di Jabatan Perdana Menteri terhadap bekas presiden Majlis Peguam, Ambiga.

 Ahad lalu, media melaporkan Clare dalam tuntutan balas terhadap saman Hadi yang difailkan di London mendakwa beliau dan Ambiga bercakap mengenai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, 1MDB dan PAS pada Julai 2016.

 “Ambiga memberitahu defendan sumbernya yang dikatakan boleh dipercayai, menganggarkan jumlah yang dibayar itu sekitar RM90 juta,” kata Clare dalam afidavitnya bertarikh 11 Oktober lalu.

 Pembelaan Clare dibuat sebagai respons terhadap saman fitnah Hadi terhadapnya yang difailkan April tahun ini. Hadi mendakwa beliau difitnah di dalam artikel Sarawak Report yang diterbitkan pada 6 Ogos 2016.

 “Kenapa Umno dan pemimpinnya menekan Ambiga untuk mendedahkan sumbernya? 

Ambiga bukanlah satu-satunya orang yang diberitahu tentang kekayaan pemimpin PAS oleh sumber rapat.

 “Tambahan, hanya Hadi menyaman Clare walaupun dakwaan mengenai pemberian ‘hadiah’ RM90 juta itu daripada Najib ditujukan kepada pemimpin tertinggi parti,” kata Zaid.

 Beliau berkata, laporan Clare adalah mengenai kekayaan dan gaya hidup mewah pemimpin PAS.

 “Rakan-rakan menunjukkan gambar rumah dan kereta Datuk Nasharudin Mat Isa kepada saya dan bagaimana beliau kini menaiki penerbangan kelas pertama.

 “Ini bukan perkara yang tidak diketahui rakyat Malaysia. Memfailkan saman terhadap Clare di London hanya akan menyebabkan cerita ini tersebar lebih pantas dan mendalam ke kawasan pedalaman Malaysia.

 “Orang dari seluruh pelusuk Kelantan dan Terengganu sudah tahu tentang ‘transformasi’ pemimpin PAS,” katanya.

 PAS berbeza pada zaman Nik Aziz

Zaid mengimbau kembali bagaimana pemimpin PAS seperti Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mempunyai kekayaan tidak seberapa dan menjalani kehidupan sederhana ketika menerajui parti itu sebagai mursyidul am dan menteri besar Kelantan lebih 20 tahun.

“Zaman itu sangat berbeza dengan keadaan sekarang, apabila pemimpin PAS memiliki rumah mahal, kereta mewah dengan nombor plat mewah dan ramai isteri.

 “Soalan yang ditanya-tanya semua orang ialah dari mana mereka memperoleh wang untuk transformasi segera dalam kehidupan mereka?”

 Zaid menyasarkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan yang tinggal di Kota Bharu.

 “Saya tidak ingat dia mempunyai firma guaman besar atau perniagaan berjaya untuk menikmati gaya hidup sekarang.

 “Tetapi, dia kaya sekarang, macam mana lagi dia mampu membeli nombor plat ‘TAK11’ seperti didedahkan Clare dalam dokumen perbicaraannya?”

 Zaid juga mempersoalkan “hadiah” yang didakwa diberikan Najib kepada pemimpin PAS, dan bagaimana ia mengubah reputasi parti Islam itu secara drastik.

 “Sekiranya ada satu perkara baik yang dilakukan Najib untuk negara, ia adalah menggunakan wang untuk mencemarkan PAS.

 “Ia adalah pengakhiran kepada mana-mana parti politik untuk menjual prinsipnya demi wang tunai.” ~ sumber


Thus Article Zaid persoal minat Umno dalam saman Hadi terhadap Clare

Itulah artikel Zaid persoal minat Umno dalam saman Hadi terhadap Clare Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Zaid persoal minat Umno dalam saman Hadi terhadap Clare dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/11/zaid-persoal-minat-umno-dalam-saman.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Zaid persoal minat Umno dalam saman Hadi terhadap Clare"

Post a Comment