Cikgu Azizan 'trauma' dengan apa yang dilaluinya

Cikgu Azizan 'trauma' dengan apa yang dilaluinya - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Cikgu Azizan 'trauma' dengan apa yang dilaluinya, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Cikgu Azizan 'trauma' dengan apa yang dilaluinya
link : Cikgu Azizan 'trauma' dengan apa yang dilaluinya

Baca juga


Cikgu Azizan 'trauma' dengan apa yang dilaluinya

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Cikgu Azizan Manap tidak sangka niatnya mendidik anak bangsa memberikan kesan trauma mendalam terhadap dirinya.
 
Beliau yang sebelum ini berdepan kes mahkamah atas tuduhan mencederakan murid sekolahnya di Nilai pada April lalu berkata kes itu hampir menutup periuk nasinya.
 
Biarpun penolong kanan hal ehwal murid dibebaskan daripada dakwaan itu, Azizan mengaku berasa perit dan hanya mampu berserah nasib kepada Yang Maha Kuasa.
 
“Memang pengajaran yang sangat besar bagi saya. Saya akui trauma selama beberapa bulan ini. Hanya kepada Allah saya serahkan untung nasib.
 
“Ia melibatkan perjawatan dalam pekerjaan dan juga periuk nasi saya. Saya anak sulung, ibu sudah tua, ayah saya pula lumpuh,” katanya. 
 
Memikil tanggungjawab keluarga di bahunya, Azizan tidak menyangka niat baik mendidik anak bangsa bertukar kes mahkamah dan kontroversi.
 
Sudah memaafkan murid terbabit dan keluarganya, beliau berkata akan lebih berhati-hati pada masa depan.
 
“Secara peribadi minta maaf kepada semua orang, termasuk keluarga murid tersebut. Saya maafkan anak mereka. Semoga dia berjaya dunia dan akhirat.
 
“Niat saya baik untuk mendidik anak-anak murid,” katanya lagi.
 
Azizan, 44, dari Sekolah Rendah Taman Semarak didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan pipi murid 11 tahun pada jam 7 pagi, 6 April lalu.
 
Didakwa bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, beliau bagaimananapun dilepaskan tanpa dibebaskan daripada pertuduhan tersebut 19 Disember lalu.
 
Jika sabit, beliau berdepan penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.
 
 


Thus Article Cikgu Azizan 'trauma' dengan apa yang dilaluinya

Itulah artikel Cikgu Azizan 'trauma' dengan apa yang dilaluinya Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Cikgu Azizan 'trauma' dengan apa yang dilaluinya dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/12/cikgu-azizan-trauma-dengan-apa-yang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Cikgu Azizan 'trauma' dengan apa yang dilaluinya"

Post a Comment