Deklarasi Setapak Bukti Kit Siang Mahu Jadi PM

Deklarasi Setapak Bukti Kit Siang Mahu Jadi PM - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Deklarasi Setapak Bukti Kit Siang Mahu Jadi PM, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Deklarasi Setapak Bukti Kit Siang Mahu Jadi PM
link : Deklarasi Setapak Bukti Kit Siang Mahu Jadi PM

Baca juga


Deklarasi Setapak Bukti Kit Siang Mahu Jadi PM

 
 


Bekas Naib Pengerusi DAP, Zulkifli Mohd Noor, mendakwa ikrar yang dilakukan Lim Kit Siang dalam Deklarasi Setapak pada tahun 1967 merupakan bukti kukuh Ketua Ahli Parlimen DAP itu bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri.

Menurutnya, sejak ikrar Deklarasi Setapak yang inti utamanya adalah untuk menghapuskan hak keistimewaan Bumiputera, Kit Siang tidak pernah jemu-jemu menyertaiPilihan Raya Umum (PRU) untuk menjadi Ahli Parlimen dari tahun 1969 hingga sekarang.

“Apabila Deklarasi Setapak diumumkan, di situ kita sudah nampak perancangan DAP selama ini adalah untuk menolak Bumiputera selain merancang mahu menjadikan pemimpin bukan Bumiputera sebagai Perdana Menteri sekiranya berjaya mentadbir negara.

“Tambahan pula, kita lihat perjuangan Kit Siang yang begitu panjang dalam politik termasuk bersama DAP hampir 50 tahun selain menjadi Ahli Parlimen paling lama iaitu sejak beliau berumur 28 tahun.

“Mengapa hingga kini Kit Siang enggan bersara daripada politik? Saya percaya ia mungkin ada kaitan dengan cita-citanya yang belum kesampaian, untuk menjadi Perdana Menteri.

“Sekurang-kurangnya memberi laluan kepada anaknya, Guan Eng untuk menjawat jawatan berkenaan,” katanya yang berjuang bersama DAP selama 26 tahun, ketika dihubungi BH.



Sebelum ini, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Jawi, Tan Beng Huat, mengakui beliau pernah mendengar ‘cakap-cakap’ di dalam DAP mengatakan Kit Siang mahu menjadi Perdana Menteri, walaupun Ahli Parlimen Gelang Patah itu sering menafikan berniat demikian.

“Kami (ahli parti) sudah beberapa kali mendengar Kit Siang meletakkan harapan mahu mengetuai negara dari dahulu lagi.

“Sekarang saya bimbang memikirkan apa yang akan terjadi jika dia berjaya mencapai cita-citanya itu.
“Dia (Kit Siang) bukan sahaja tidak bertolak-ansur, dia juga diktator. Cuba lihat apa yang dia dan anaknya lalukan terhadap mereka yang menentang,” katanya.



Thus Article Deklarasi Setapak Bukti Kit Siang Mahu Jadi PM

Itulah artikel Deklarasi Setapak Bukti Kit Siang Mahu Jadi PM Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Deklarasi Setapak Bukti Kit Siang Mahu Jadi PM dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/12/deklarasi-setapak-bukti-kit-siang-mahu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Deklarasi Setapak Bukti Kit Siang Mahu Jadi PM"

Post a Comment