Dr Mahathir: Kenapa mufti tidak tegur PAS

Dr Mahathir: Kenapa mufti tidak tegur PAS - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Dr Mahathir: Kenapa mufti tidak tegur PAS, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Dr Mahathir: Kenapa mufti tidak tegur PAS
link : Dr Mahathir: Kenapa mufti tidak tegur PAS

Baca juga


Dr Mahathir: Kenapa mufti tidak tegur PAS

Oleh Nur Atiqah Samad dan Athirah Hanapiah
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad membidas mufti-mufti kerana  gagal menegur PAS yang didakwanya mengkafirkan sesiapa yang tidak menyertai PAS.
 
“Saya ingin bertanya kepada mufti-mufti yang menjadi penasihat kepada raja, apabila PAS mendakwa bahawa orang yang tidak sertai PAS tu kafir, kenapa mufti-mufti tak betulkan kenyataan itu? 
 
"Mereka berdiam seribu bahasa, seolah-olah mereka setuju dengan pendapat parti PAS. Kalau mereka setuju dengan PAS, mereka tak masuk PAS maka mereka juga kafir," katanya dalam ucapan penggulungan perhimpunan agung PPBM hari ini.
 
Dr Mahathir mendakwa sikap berdiam diri mufti ini juga telah membuahkan Amanat Hadi yang semakin menghangatkan polemik isu kafir mengkafir. 
 
"Orang yang dinasihati mufti kita juga kafir tapi tiada yang berani cakap (tegur) diam seribu bahasa sampaikan Amanat Hadi dikeluarkan dan pengikut-pengikut Ibrahim Libya merancang kononnya menggunakan pemberontakan bersenjata untuk menjatuhkan kerajaan.
 
"Apa yang kita lihat adalah peristiwa Memali yang mana pengikut Ibrahim Libya membunuh 4 orang polis kerana pada mereka polis ini adalah kafir yang bekerja dengan kerajaan kafir. 
 
"Inilah hasil daripada fatwa yang dikeluarkan ahli politik yang tak ditangkis oleh mufti-mufti. Saya fikir mufti-mufti patut bertanggungjawab kenapa berlaku peristiwa Memali? Ia tidak akan berlaku kalau awal-awal lagi mufti-mufti mencabar kenapakah Amanat Hadi tidak disangkal oleh mereka,” ujar Dr Mahathir.   
 
Peristiwa Memali tercetus pada 19 November 1985 iaitu pada era pemerintahan Dr Mahathir, ekoran tindakan pihak keselamatan mahu menahan seorang guru agama, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya atas dakwaan mengancam keselamatan negara.
 
Pertempuran antara pihak keselamatan dengan penduduk kampung akhirnya mengorbankan 18 orang termasuk guru agama itu beserta empat anggota polis, dengan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang.
 
PAS sebelum ini mengkritik Dr Mahathir kerana menyebabkan perpecahan orang Melayu serta meminggirkan isu-isu kepentingan Islam.  
 
PAS menafikan ia mengkafir orang Melayu yang tidak menyokong perjuangannya dan menuduh Dr Mahathir sebagai menyebarkan fitnah.  




Thus Article Dr Mahathir: Kenapa mufti tidak tegur PAS

Itulah artikel Dr Mahathir: Kenapa mufti tidak tegur PAS Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Dr Mahathir: Kenapa mufti tidak tegur PAS dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/12/dr-mahathir-kenapa-mufti-tidak-tegur-pas.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Dr Mahathir: Kenapa mufti tidak tegur PAS"

Post a Comment