Empat mayat rentung dibunuh sebelum rumah dibakar

Empat mayat rentung dibunuh sebelum rumah dibakar - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Empat mayat rentung dibunuh sebelum rumah dibakar, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Empat mayat rentung dibunuh sebelum rumah dibakar
link : Empat mayat rentung dibunuh sebelum rumah dibakar

Baca juga


Empat mayat rentung dibunuh sebelum rumah dibakar

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
BANTING: Empat mayat sekeluarga yang rentung di sebuah rumah di Jalan Tepi laut, Tanjung Sepat, pagi tadi, dipercayai dibunuh sebelum rumah mereka dibakar.
 
Ketua Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata siasatan awal mendapati ada kesan tetakan di badan tiga daripada empat mangsa itu.
 
Bagaimanapun, pihaknya masih menyiasat perkara itu berikutan bedah siasat belum dijalankan.
 
"Siasatan awal bomba mendapati ada unsur khianat dan kita boleh sahkan mangsa kebakaran dibunuh sebelum dibakar.
 
"Kita akan mengambil keterangan ahli keluarga mangsa berhubung kes ini," katanya.
 
Fadzil berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
 
Sementara itu Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Azmi Osman berkata, unit forensik kebakaran dan dibantu unit anjing pengesan (K9) masih mengumpul bukti untuk mengenal pasti punca kebakaran.
 
"Pemeriksaan awal mendapati, mayat keempat-empat mangsa ditemui di lokasi berbeza.
 
"Mayat dua warga emas dipercayai datuk dan nenek kepada dua lagi mangsa ditemui di ruang tamu manakala mayat kanak-kanak berusia tiga dan sembilan tahun masing-masing ditemui di bilik tidur berasingan," katanya.
 
Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Chia Tee Nang, 73; Lim Mai Shak, 68; dan Chia Yuan Bin, tiga tahun.
 
Mangsa keempat seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun belum dikenal pasti.
 
JBPM Selangor mendapat panggilan kejadian pada jam 6.08 pagi dan 15 anggota dengan tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sepang serta Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) digerakkan ke lokasi kejadian.
 
Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman, berkata seorang kanak-kanak berusia 12 tahun terselamat dan tidak mengalami kecederaan namun masih trauma atas kejadian yang meragut nyawa ahli keluarganya.
 
"Kanak-kanak berkenaan ditempatkan di Hospital Banting bagi rawatan susulan sebelum kami mengambil keterangan lanjut.
 
"Kita akan membuat pemeriksaan lanjut bagi mengetahui punca kejadian dengan kerjasama pihak bomba," katanya dipetik Bernama.
 
 


Thus Article Empat mayat rentung dibunuh sebelum rumah dibakar

Itulah artikel Empat mayat rentung dibunuh sebelum rumah dibakar Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Empat mayat rentung dibunuh sebelum rumah dibakar dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/12/empat-mayat-rentung-dibunuh-sebelum.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Empat mayat rentung dibunuh sebelum rumah dibakar"

Post a Comment