IMAMS dibatalkan kerana pegawai kementerian salah faham, kata Nazri

IMAMS dibatalkan kerana pegawai kementerian salah faham, kata Nazri - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk IMAMS dibatalkan kerana pegawai kementerian salah faham, kata Nazri, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : IMAMS dibatalkan kerana pegawai kementerian salah faham, kata Nazri
link : IMAMS dibatalkan kerana pegawai kementerian salah faham, kata Nazri

Baca juga


IMAMS dibatalkan kerana pegawai kementerian salah faham, kata Nazri

 
Menteri buat keputusan membatalkan sistem itu kerana beberapa pegawai di kementerian salah faham apa yang beliau mahu dari sistem urus visa umrah.


nazri-aziz_haji_klia_600


PETALING JAYA: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Tan Sri Nazri Aziz berkata sistem menguruskan visa umrah dibatalkan kerana bukan itu yang beliau mahukan.

Beliau berkata seseorang di kementeriannya salah faham hasrat dan apa yang beliau mahu laksanakan.
Nazri, yang dalam rangka lawatan kerja ke Jerman, mengulas mengenai Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) yang dibatalkan sehari selepas pelaksanaannya.
Beliau mengarahkan pelaksanaan sistem itu dibatalkan bagi mengelak kekeliruan.

Ketua Setiausaha Datuk Rashidi Hasbullah memberitahu Astro Awani keputusan membatalkan IMAMS selepas mengambil kira aduan orang ramai dan pihak berkaitan dengan industri.

IMAMS merupakan akses rasmi tunggal permohonan visa umrah untuk diproses kedutaan Arab Saudi, dengan tujuan membanteras aktiviti penipuan pakej umrah.

Melalui sistem itu, jemaah akan dikenakan tambahan RM90.10 yang meliputi bayaran RM5.10 dikenakan untuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), RM40 bagi insurans dan RM45 bagi sistem yang digunakan IMAMS.

Nazri berkata pelaksanaan IMAMS bukan seperti sistem yang beliau mahukan dan atas sebab itu ia dibatalkan.

“Saya beritahu Parlimen semasa penggulungan bajet bahawa fi untuk sistem itu sepatutnya RM40, termasuk pemprosesan dan insurans, bukan RM40,” katanya.

“Di samping itu, sistem itu bukan wajib. Ia sepatutnya sebagai pilihan kerana IMAMS dijalankan melalui sebuah syarikat swasta, bukan kerajaan.

“Oleh itu, mereka yang mahu menggunakan IMAMS perlu bayar RM40 dan mereka yang tidak menggunakan sistem itu tidak perlu bayar.”

Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin dilapor memperkenalkan sistem itu semalam untuk memguruskan jemaah umrah dengan lebih baik, mengukuhkan sistem kawal selia dan membanteras aktiviti penipuan.

Majlis Kawal Selia Umrah mensyaratkan semua 65 syarikat pengendali umrah berlesen dan berstatus muasassah wajib mengguna pakai sistem itu.

“Kenyataan semalam tidak betul,” kata Nazri. “Saya sekarang berada di Jerman, jadi untuk elakkan kekeliruan saya beritahu mereka batal semuanya.”

Sistem IMAMS dibatalkan sehari selepas dilaksanakan semalam, susulan bantahan daripada pemain industri, pembangkang dan parti kerajaan sendiri.



Thus Article IMAMS dibatalkan kerana pegawai kementerian salah faham, kata Nazri

Itulah artikel IMAMS dibatalkan kerana pegawai kementerian salah faham, kata Nazri Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel IMAMS dibatalkan kerana pegawai kementerian salah faham, kata Nazri dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/12/imams-dibatalkan-kerana-pegawai_17.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "IMAMS dibatalkan kerana pegawai kementerian salah faham, kata Nazri"

Post a Comment