Tajuk : KENYATAAN MEDIA - GERAKAN AKTIVIS HARAPAN (GAH) - 25 Dec 2017
link : KENYATAAN MEDIA - GERAKAN AKTIVIS HARAPAN (GAH) - 25 Dec 2017
KENYATAAN MEDIA - GERAKAN AKTIVIS HARAPAN (GAH) - 25 Dec 2017
Berdasarkan beberapa maklum balas yang diterima oleh Gerakan Aktivis Harapan (GAH) disamping melihat beberapa usaha pemimpin kelompok Kartel dikaitkan dengan Azmin Ali terhadap rundingan tidak bertanggungjawab untuk mencaturkan kerusi kepada bakal-bakal calon PAS mewakili komponen PH di dalam PRU 14, sama ada:
1. Wakil rakyat PAS tersebut mohon dikekalkan bertanding kerusi di DUN Selangor; atau
2. Bertanding atas tiket PKR, atau mana-mana komponen PH. Sekaligus bagi mengekalkan mereka berada sebagai Exco Selangor pasca PRU14.
Tindakan Kartel ini wujud percanggahan dengan keputusan PH sebelum ini untuk menghentikan segala usaha memujuk PAS ke dalam PH. PAS tidak berminat dan kecenderungan pemimpin pusat mereka yang amat mesra dan menongkat umno.
Sebarang tindakan percaturan Kartel ini bakal merosakan gerak kerja kritikal PH terhadap PRU14 termasuklah penyusunan kerusi komponen parti PH.
Walaupun PH Selangor telah pun wujud, namun sebelum ini GAH telah memberi amaran bahawa kelompok Kartel ini akan membawa politik kucar-kacir seperti yang berlaku di dalam PRN Sarawak sebelum ini.
Seandainya beberapa wakil rakyat PAS ini mahu menjadi calon PH, maka mereka sekarang ini harus bertindak keluar PAS dan menyertai parti komponen PH sebelum Parlimen (Dewan Rakyat) atau Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dibubarkan agar tidak menghadapi risiko pengkhianatan di hari penamaan calon.
Penyertaan selepas itu tidak lagi bermakna dari segi intergriti dan keikhlasan terhadap perjuangan rakyat melalui PH. Mereka akan dilihat terlalu gilakan kuasa demi mempertahankan kedudukan sekarang.
Usaha Kartel ini bagaikan meletakkan proksi PAS di dalam PH yang bakal menerima kecelakaan besar kembali kepada PH.
GAH mengingatkan semua pihak bahawa kewujudan exco PAS di dalam kerajaan Selangor bagaikan duri dalam daging selama ini. Mereka harus sedari kedudukan mereka ini sebagai penumpang yang tidak diundang di dalam kerajaan PH apabila PAS sendiri tidak hubungan lagi dengan PKR dan PH.
GAH mengingatkan Majlis Presiden untuk menolak kepimpinan Azmin dan kelompoknya untuk terus memandai-mandai bagi menyusun tindakan yang merugikan PH. GAH percaya tindakan Kartel ini tidak ubah sebagai menafikan keputusan konsensus PH. Kartel secara licik mahu melonjak diri mereka sebagai hero yang mereka sendiri ada-adakan.
Thus Article KENYATAAN MEDIA - GERAKAN AKTIVIS HARAPAN (GAH) - 25 Dec 2017
Itulah artikel KENYATAAN MEDIA - GERAKAN AKTIVIS HARAPAN (GAH) - 25 Dec 2017 Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel KENYATAAN MEDIA - GERAKAN AKTIVIS HARAPAN (GAH) - 25 Dec 2017 dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/12/kenyataan-media-gerakan-aktivis-harapan.html
0 Response to "KENYATAAN MEDIA - GERAKAN AKTIVIS HARAPAN (GAH) - 25 Dec 2017"
Post a Comment