Kewujudan Tuhan dan permainan politik

Kewujudan Tuhan dan permainan politik - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kewujudan Tuhan dan permainan politik, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kewujudan Tuhan dan permainan politik
link : Kewujudan Tuhan dan permainan politik

Baca juga


Kewujudan Tuhan dan permainan politik

Oleh Farouk A. Peru

Ateisme, seperti agama lain, mengambil posisi teologi yang mereka anggap logik dan juga beriman kepada 'nabi-nabi' mereka.
Akhir-akhir ini, kewujudan Tuhan menjadi isu di kalangan ahli politik di Malaysia.

 Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata ateisme tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan dan boleh dikenakan tindakan kerana dikira sebagai hasutan.

 Ramai juga netizen yang ateis memberi jawapan kepada kenyataan Asyraf ini. Mereka mendakwa tiada bukti kewujudan Tuhan dan ateisme tidak patut diserang sebegitu.

 Menurut mereka lagi, ateisme bukan punca kepada banyak masalah dalam dunia sekarang ini. Keganasan, umpamanya, dilakukan oleh orang dengan kepercayaan agama.

 Bagi saya, posisi yang rasional dan wajar diambil bukanlah dengan menyebelahi Asyraf mahupun dengan ateis. Badan yang kononnya menguruskan hal ehwal agama Islam di Malaysia tidak melengkapkan umat Islam dengan selok-belok isu kewujudan Tuhan.

 Buku teks agama memberi kenyataan yang Tuhan itu wujud, itu sahaja. Ia menyatakan kewujudan alam sebagai bukti tetapi tidak memberi hujah mereka yang menafikan kewujudan ini, apatah lagi menyangkal hujah tersebut. Isu yang menjadi paksi agama sepatutnya diberi perbincangan yang mendalam.

 Oleh demikian, patutkah kita terkejut apabila sebuah kumpulan ateis mempunyai cawangan di Malaysia? Kecoh beberapa bulan dahulu apabila gambar perjumpaan mereka menjadi viral. Maka tergediklah jabatan agama mahu mengambil tindakan yang sepatutnya.

 Adakah tindakan itu boleh memaksa orang percaya sedangkan Tuhan sendiri menidakkan paksaan dalam agama?

 Menurut Asyraf, ateisme bercanggah dengan perlembagaan. Perlembagaan memberi kebebasan beragama untuk semua rakyat Malaysia (walaupun definisi orang Melayu termasuk beragama Islam jadi mereka tiada hak yang sama), tetapi bukan kebebasan “daripada” agama!

 Ini satu rumusan yang amat cetek. “Agama” ialah satu set idea yang lazimnya termasuk kewujudan Tuhan. Adakah semua agama mempunyai konsep Tuhan yang sama? Tidak juga. Terdapat konsep agama yang jauh bercanggah. Islam menolak idea “anak Tuhan” dan manifestasi Tuhan dalam bentuk manusia.

 Kristian pula mewajibkan penganutnya mempercayai kedua-dua konsep ini. Hindu mengajar manifestasi Tuhan yang banyak dan Buddha tidak mudah diperkatakan sebagai mempercayai Tuhan langsung.

 ‘Agama’ ateisme

 Semua konsep di atas tiada masalah tetapi jika kita menolak kewujudan Tuhan dan tidak menganut apa-apa agama, ia menjadi satu kesalahan pula! Deduksi ini tidak masuk akal langsung.

 Ateisme, seperti agama lain, mengambil posisi teologi yang mereka anggap logik. Mereka ada “nabi-nabi” sendiri yang mengangkat diri mereka sebagai kasta paderi ateisme. Mereka ada kitab suci yang mengandungi hujah mereka (umpamaya “The God Delusion” karangan Richard Dawkins, atau “The End of Faith” karangan Sam Harris).

 Mereka juga ada sistem akhlak dan moraliti yang mereka bincangkan. Amatlah zalim jika kita menyamakan ateisme dengan sikap tidak bermoral.

 Di Malaysia, golongan paling rasis dan korup bukanlah ateis, tetapi penunggang agama! Namun begitu, ateis sering menganggap diri mereka sebagai pemegang utama sikap rasional dan melihat golongan beragama sebagai memegang kepercayaan karut. Ini juga salah.

 Umpamanya, mereka mengatakan yang tiada bukti Tuhan itu wujud. Kenyataan yang lebih wajar ialah “tiada bukti objektif yang Tuhan wujud”.

 Bukti objektif ialah bukti yang boleh dipersetujui oleh semua pihak. Benda fizikal boleh dikatakan sebagai objektif.

 Umpamanya, jika kita berdiri di hadapan bangunan Parlimen, amatlah susah untuk kita menidakkan kewujudan bangunan tersebut. Ia boleh dikatakan sebagai wujud secara objektif. Kita tidak boleh melakukan perkara yang sama untuk kewujudan Tuhan. Tuhan itu kewujudan yang di luar alam semesta maka Dia tidak boleh dibuktikan secara objektif.

 Al-Quran sendiri mengakui situasi ini apabila ia mengatakan orang menolak kewujudan Tuhan, walaupun kitab turun dari langit atau mereka sendiri terangkat ke langit, mereka tidak akan percaya (Surah Al-An’aam, ayat 7 dan Surah Al-Hijr, ayat 14-15).

 Kelemahan hujah ateis

 Jadi apakah tiada bukti yang Tuhan wujud? Sudah tentu ada tetapi bukti itu adalah subjektif.

 Kita sendiri perlu menyusun semua hipotesis dan membuat deduksi sendiri. Contohnya, kita mengatakan yang tiap-tiap benda yang wujud mesti ada pencipta. Lagi kompleks benda itu, maka lagi berkuasalah penciptanya.

 Alam semesta yang tahap kompleksnya tidak terhingga mestilah mempunyai pencipta yang mempunyai kuasa yang tidak terhingga juga. Bukti kewujudan Tuhan juga boleh diperolehi dengan jalan mistik ala sufi. Ahli mistik dari semua agama mempunyai teknik sendiri untuk mencapai keadaan ini (yang dipanggil makrifat dan hakikat dalam warisan Islam).

 Ini juga bukan bukti yang objektif tetapi boleh membawa transformasi diri dan untuk sesetengah pihak, inilah bukti yang paling nyata.

 Ateis juga silap dengan hanya mengatakan yang orang beragama bertanggungjawab mengakibatkan keganasan. Sebenarnya, ketua negara yang mengakibatkan bilangan kematian yang terbanyak (iaitu berpuluh juta nyawa) berfahaman ateis, seperti Stalin, Mao Tze Tung dan Pol Pot. Tetapi, bukan ateisme mereka yang membuatkan mereka berlaku begitu, ia adalah moraliti yang salah. Sesiapa pun boleh memegang moraliti yang salah, tak kira kepercayaan metafizika mereka.

 Dalam isu ateisme ini, eloklah kita tidak mencampur-adukkannya dengan politik. Kita tidak boleh menggunakan Tuhan dalam percaturan politik kerana apa-apa yang kita percakapkan mengenai Tuhan hanyalah keimanan kita dan bukan hujah yang objektif. Lebih baik jika kita memegang kepada isu yang konkrit dan boleh dibuktikan secara rasional. ~ sumber


Thus Article Kewujudan Tuhan dan permainan politik

Itulah artikel Kewujudan Tuhan dan permainan politik Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kewujudan Tuhan dan permainan politik dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/12/kewujudan-tuhan-dan-permainan-politik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kewujudan Tuhan dan permainan politik"

Post a Comment