Penduduk mengadu Merapoh musnah kerana pembalakan, lombong - kawan-kawan Hallo
MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Penduduk mengadu Merapoh musnah kerana pembalakan, lombong, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting
Artikel BUDAYA,
Artikel EKONOMI,
Artikel ENTERTAIMENT,
Artikel HOBY,
Artikel NEWS,
Artikel OLAHRAGA,
Artikel POLITIC,
Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.
Tajuk :
Penduduk mengadu Merapoh musnah kerana pembalakan, lombonglink :
Penduduk mengadu Merapoh musnah kerana pembalakan, lombong
Penduduk mengadu Merapoh musnah kerana pembalakan, lombong
Wakil penduduk Merapoh mengadu mengenai eksploitasi manusia memusnahkan nilai eko pelancongan yang menjadi sumber rezeki 8 kampung di situ.
Gambar dari udara menunjukkan laluan lori atau jentera yang berselirat.
PETALING JAYA: Sebut sahaja Merapoh, Pahang, tentu ramai menyangka kawasan tersebut dipenuhi keindahan lokasi eko pelancongan dan kemurnian alam yang bebas daripada pencemaran.
Namun pertemuan FMT dengan wakil penduduk di situ hanya mendengar aduan mengenai eksploitasi manusia memusnahkan nilai eko pelancongan yang menjadi sumber rezeki 8 kampung di situ.
“Tiada lagi kehijauan di sini. Semuanya sudah musnah angkara kerakusan pembalak,” kata wakil penduduk Sabri Zoo, 36, kepada FMT. Menurut beliau, ada 10,000 orang mendiami 8 perkampungan di sekitar itu.
Penduduk mengadu sungai dulunya jernih kini keruh.
“Kesan paling ketara akibat aktiviti pembalakan di Merapoh ialah air yang kami minum sangat kotor. Kalau hujan sahaja kami terpaksa minum air keruh, berkelodak, sebab tiada pilihan.”
Terletak berdekatan Taman Negara Pahang, khazanah di laluan Merapoh-Gua Musang dianggarkan berusia ratusan juta tahun. Hutan di kawasan sekitar bukan hutan sekunder tetapi limpahan hutan hujan asli, dan menjadi habitat kepada spesis bunga pakma tikus, iaitu keluarga raflesia terkecil di dunia. Merapoh turut ditandai ratusan gua batu kapur, deretan air terjun dan latar gunung yang mempesonakan. Bukit batu kapur di kawasan sekitar menyimpan fosil haiwan laut berusia jutaan tahun dan peristiwa kepupusan makhluk bumi 251 juta tahun lampau, atau Kepupusan Usia Perm-Trias (Permian-Triassic Extinction).
Gambar menunjukkan kawasan hutan Merapoh yang terjejas.
FMT difahamkan aktiviti pembalakan di situ merangkumi kawasan seluas 668.8 hektar sekitar Gua Hari Malaysia, dan dianggarkan lebih 200 hektar hutan telah ditebang. Menurut Sabri, kesan tempias aktiviti pembalakan melumpuhkan sumber pendapatan penduduk yang berkhidmat sebagai pemandu pelancong.
“Ramai pelancong membatalkan kunjungan ke sini. Mereka ingat dapat tengok hutan hijau tapi apa yang dapat ialah lumpur, bukit digondol. Malah, jalan masuk ke Gua Hari Malaysia juga rosak teruk.”
Dianggarkan lebih 200 hektar hutan telah ditebang.
“Selalunya, tiap kali kami bawa masuk pelancong mereka akan bayar RM150 sehari untuk kumpulan 8-12 orang. Sekarang nak dapat RM50 pun susah. Kami tidak tahu nak buat apa untuk cari pendapatan. Yang ada hanyalah hasil menoreh getah,” katanya dalam nada sebak.
Lombong emas
Kemusnahan di Merapoh turut mendapat perhatian Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka), Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Pertubuhan Save Merapoh Cave.
Presiden Peka Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil berkata risikan memaklumkan pihaknya bahawa pihak terlibat tidak mengemukakan sebarang Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) kepada Jabatan Alam Sekitar.
Aktiviti pembalakan dikatakan merangkumi kawasan seluas 668.8 hektar.
Beliau memberitahu FMT, aktiviti perlombongan emas juga giat dijalankan.
“Pembalakan dan perlombongan emas ini telah mengakibatkan gangguan bekalan air kepada penduduk Mukim Batu Yon, terutamanya penduduk di Merapoh. Pembalakan dan perlombongan emas ini telah merosakkan ekosistem di Merapoh. Tidak ada ‘buffer zone’ kepada Sungai Merapoh, yang mengakibatkan sungai tercemar.
Hutan di Merapoh dan sekitarnya merupakan limpahan hutan hujan asli dan habitat kepada spesis bunga pakma tikus.
“Apabila bacaan tahap kebersihan air melebihi 1000 NTU (nephelometric turbidity units), bekalan air terpaksa diputuskan kerana loji air tidak mampu membersihkan air, yang mengakibatkan air buat penduduk terputus,” kata Shariffa, merujuk kepada unit yang digunakan bagi menilai tahap pencemaran air.
Kayu yang ditebang tersusun untuk diangkut.
Menurut beliau, paras 1000 NTU merbahaya kepada hidupan sungai dan manusia jika diminum.
“Air yang tercemar juga terus disalurkan kepada penduduk walaupun tahap pencemaran air melebihi 1000 NTU, mengakibatkan penduduk terpaksa menggunakan air yang tercemar,” katanya.
Shariffa Sabrina Syed Akil (2 dari kiri) pada sidang media bersama aktivis alam sekitar.
Shariffa bimbang rakyat Merapoh akan mengalami nasib yang sama seperti penduduk Hulu Kelantan yang dilanda “bah kuning” pada 2014.
Kayu yang ditebang sedia untuk diangkut.
Banjir besar yang melanda Kelantan pada penghujung 2014 itu antara bencana terburuk dalam sejarah negara, menyebabkan lebih 2,000 buah rumah musnah dan kerugian prasarana dan aset awam dianggarkan RM200 juta.
Pihak terlibat didakwa tidak mengemukakan sebarang Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA).
Jumlah hujan yang banyak, kapasiti sungai tidak mencukupi, penebangan pokok dan pembukaan tanah berleluasa dan prasarana saliran tidak mencukupi, menyaksikan Kelantan, terutamanya, daerah Gua Musang dan Kuala Krai, dilanda banjir yang membawa lumpur yang sangat banyak.
LIHAT VIDEO DI SINI
Thus Article Penduduk mengadu Merapoh musnah kerana pembalakan, lombong
Itulah artikel Penduduk mengadu Merapoh musnah kerana pembalakan, lombong Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Penduduk mengadu Merapoh musnah kerana pembalakan, lombong dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/12/penduduk-mengadu-merapoh-musnah-kerana.html
Related Posts :
[Video CCCC setuju pulangkan bayaran pendahuluan RM3.1b projek ECRL] PH jimat kos pembinaan LRT & MRT sebanyak RM23.84 Bilion (Kos Zaman BN: RM71 Bilion Kos Zaman PH: RM47 Bilion 'BN boros, PH jimat!') & Isu ECRL, pejimatan RM 21b! Bukan ubah spec tp ubah cara berfikir.Isnin, 15 April 2019
Kelab Che Det
*Kerajaan PH jimat kos pembinaan LRT & MRT sebanyak RM23.84 Bilion*
Kos Zaman BN: RM71 Bilion
Kos … Read More...
[Video ECRL diteruskan dengan landasan berkembar, kos kurang RM21.5 bilion] Kes SRC Najib, Pendakwa Akan Membuktikan kepada Mahkamah & Saksi: Bank Negara siasat lapan dokumen termasuk empat akaun bank Najib.Isnin, 15 April 2019
Otai BERSIH
Pendakwaan kes SRC Najib, Akan Membuktikan kepada Mahkamah seperti berikut :
1-Pihak pendakwaan akan me… Read More...
[Video Penyokong "Bossku" hanya seorang? Siannya penyokong tunggal ni, mana yg lain?] PERBICARAAN hari ke-2 Najib! Patutler takut sgt nak dibicara..Guna duit rakyat utk biaya kempen Najib?Isnin, 15 April 2019
KiniTV
Seorang penyokong tunggal mengucapkan kata-kata dorongan dan takbir kepada Najib Abdul Razak meninggalkan Mahka… Read More...
[Video PERBICARAAN SRC Najib Bosskur Redah KESEORANGAN di Kompleks Mahkamah KL] Dr M berani lawan China manakala yang lain tidak.Isnin, 15 April 2019
Pakatan Harapan Supporters
15.4.19 NAJIB REDAH HARI KEDUA PERBICARAAN SRC KESEORANGAN Mohd Najib Abdul Razak tiba di … Read More...
[Live Sidang Media Perdana Menteri Mengenai Projek ECRL]Isnin, 15 April 2019
… Read More...
0 Response to "Penduduk mengadu Merapoh musnah kerana pembalakan, lombong"
Post a Comment