Tajuk : PENGKHIANAT AMANAH FELDA MESTI DIHUKUM!
link : PENGKHIANAT AMANAH FELDA MESTI DIHUKUM!
PENGKHIANAT AMANAH FELDA MESTI DIHUKUM!
Entah sebab apa Najib pilih Isa Samad untuk menguruskan Felda walaupun trek rekod Isa sebelumnya ternyata sangat burok.
Isa telah didapati bersalah kerana skandal 'rasuah politik' sewaktu pemilihan parti Umno ketika menjadi MB Negeri Sembilan. Beliau telah digantung keahlian oleh Lembaga Disiplin Umno selama tiga tahun dari 24 Jun 2005 atas tujuh pertuduhan politik wang dan pembelian undi terhadapnya :
- Membenarkan setiausaha politiknya, Mohd Salim Sharif, membayar RM300 kepada setiap perwakilan dari bahagian Telok Kemang ke Perhimpunan Agung Umno pada atau sekitar September 2004
- Membenarkan ejennya membayar sejumlah wang kepada perwakilan dari bahagian Cameron Highlands, Kuala Lipis dan Bentong ke Perhimpunan Agung Umno pada 11 September
- Membenarkan ejennya membayar RM1,000 setiap satu untuk mewakilkan kepada Perhimpunan Agung Umno di Crown Princess Hotel pada pukul 11 malam pada 22 September dan pagi 23 September
- Membenarkan ejennya membayar RM1,000 setiap satu untuk mewakilkan kepada Perhimpunan Agung Umno pada atau kira-kira pukul 1 pagi pada 23 Sep di Pan Pacific Hotel, Kuala Lumpur
- Membenarkan ejennya membayar pelbagai wang kepada perwakilan Sabah ke Perhimpunan Agung Umno kira-kira pukul 1 pagi pada 23 Sep di Legend Hotel, Kuala Lumpur
- Membenarkan ejennya membayar RM300 kepada perwakilan Umno Sabah di Kelab Golf Tanjung Aru dan Mahkamah "Kandarah", kedua-duanya di Sabah pada awal September
- Membenarkan ejennya membayar RM300 kepada perwakilan Umno Kedah di Holiday Villa Hotel, Alor Star dan Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani kira-kira dua hingga tiga minggu sebelum Perhimpunan Agung Umno pada 2004. ~ sumber
Felda menjadi berserabut dan terjebak dengan kerugian jutaan ringgit sepanjang beliau menjadi pengerusi Felda (2011 - Jan 2017). Berikut adalah senarai skandal urus tadbir Tan Sri Isa Samad :
MAC 2012:Felda Global Ventures North America Sdn Bhd (FGVNA) yang melabur lebih RM1 Billion di Amerika dan Kanada mencatatkan kerugian RM27.6 Juta.
JUN 2013: Pembelian Hotel Grand Borneo di Sabah oleh Felda Investment Corporation (FIC) membayar RM86.4 juta. Kertas siasatan dibuka oleh SPRM pada tahun 2017 selepas perkara yang sama didakwa berlaku. (Sumber: borneotoday.net)
JULAI 2013: Pengambil-alihan saham Pontian United Plantation Berhad yang menelan kos sebanyak RM1.2 Billion iaitu pembelian dengan harga yang lebih tinggi dari harga semasa. (sumber: thesundaily.my)
OKTOBER 2013: Pembelian Grand Plaza Service Apartment di London juga dengan harga RM495 juta yang mana harga semasa yang dilaporkan agensi hartanah Savills & Knight Frank hanyalah sekitar RM408 juta untuk unit yang sama ketika itu.
Tahun ini, dalam bulan yang sama selepas Isa Samad dan juga anak lelakinya yang juga pegawai di Felda dipanggil oleh SPRM, Menteri yang bertanggungjawab atas integriti dan ketelusan berkata SPRM tidak menemui sebarang salah laku dalam isu ini!
Case closed! (Sumber: theedgemarkets.com)
NOVEMBER 2015: Laporan Ketua Audit Negara mengesahkan RM47.6 Juta lesap dalam satu projek yang dinamakan Felda Carviartive Blue Dream Park yang mengusahakan projek ternakan berkeknologi tinggi ikan sturgeon.
Felda Carviartive Sdn Bhd (FCSB) didakwa menandatangani kontrak bernilai RM146.25 juta dengan dua syarikat I2C Hassed Co Ltd dan I2C Hassed (M) Sdn Bhd yang melebihi had RM110 juta yang diluluskan Lembaga Pengarah Felda.
Dan dalam Laporan Ketua Audit Negara ini disenarikan banyak lagi pelan bisnes yang dilaporkan bernilai ratusan juta ringgit akhirnya menemui jalan GAGAL!
Ketua Audit Negara menasihatkan FELDA supaya lebih berhati-hati dan membuat penilaian, kajian kemungkinan dan daya maju (business analysis) sebelum membuat keputusan perniagaan!
(Sumber: astroawani.com)
JUN 2017: Kes bayaran tertunggak dari syarikat Safitex bagi produk Delima Oil Products Sdn Bhd (salah sebuah anak syarikat FGV), menyaksikan penggantungan tugas Ketua Pegawai Eksekutifnya dan tidak lama selepas itu Isa Samad meletakkan jawatan pengerusi FGV dan berhijrah ke Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
DISEMBER 2017: Felda melalui Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu, TS Shahrir Samad mengakui Felda kehilangan tiga hartanah yang bernilai lebih RM250 juta di Jalan Semarak! Ia dikatakan bertukar hak milik melalui transaksi diragui sejak tahun 2015! (Sumber: bharian.com.my)
KESIMPULANNYA? Punca utama adalah apabila Felda ('lombong emas orang Melayu') ini diserahkan pada tangan-tangan yang tidak amanah!
Apalah yang boleh diharapkan pada sebuah sistem yang sudah kronik krisis moralnya.
ISA SAMAD berada dimana dia berada kini adalah atas atas tangan anda yang memangkah dikertas undi suatu ketika dahulu. ~ sumber
Walaupun telah dikaitkan dengan pelbagai tuduhan rasuah dan salahguna kuasa ketika menjadi Pengerusi Felda, Isa Samad tetap menjadi pilihan PM Najib untuk memangku Pengerusi SPAD selepas meletakkan jawatan beliau sebagai Pengerusi Felda.
Siapa sebenarnya pengkhianat Amanah Felda? Isa Samad seorang? Jawapannya ada pada anda. Anda juga boleh menghukum mereka pada PRU14 nanti. Lakukanlah!!
Siapa sebenarnya pengkhianat Amanah Felda? Isa Samad seorang? Jawapannya ada pada anda. Anda juga boleh menghukum mereka pada PRU14 nanti. Lakukanlah!!
Thus Article PENGKHIANAT AMANAH FELDA MESTI DIHUKUM!
Itulah artikel PENGKHIANAT AMANAH FELDA MESTI DIHUKUM! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel PENGKHIANAT AMANAH FELDA MESTI DIHUKUM! dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/12/pengkhianat-amanah-felda-mesti-dihukum.html
0 Response to "PENGKHIANAT AMANAH FELDA MESTI DIHUKUM!"
Post a Comment