Polis dipenjara 28 bulan, didenda RM20,000 akibat rasuah RM900

Polis dipenjara 28 bulan, didenda RM20,000 akibat rasuah RM900 - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Polis dipenjara 28 bulan, didenda RM20,000 akibat rasuah RM900, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Polis dipenjara 28 bulan, didenda RM20,000 akibat rasuah RM900
link : Polis dipenjara 28 bulan, didenda RM20,000 akibat rasuah RM900

Baca juga


Polis dipenjara 28 bulan, didenda RM20,000 akibat rasuah RM900

 
Tertuduh meminta rasuah daripada Noorazly Ja’alam untuk membebaskan Muhamad Abdul Goas dan Yudi yang ditahan kerana disyaki tidak membawa dokumen perjalanan dan permit kerja sah di IPD Rembau, pada 2013.


jailed


SEREMBAN: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman denda RM20,000 dan penjara 28 bulan ke atas seorang anggota polis berpangkat koperal kerana didapati bersalah atas tuduhan meminta dan menerima suapan pada Januari 2013.

Hakim Fathiyah Idris menjatuhkan hukuman tersebut setelah mendapati tertuduh, Umar Saifuddin Austin Abdullah, 40, bersalah.

Tertuduh didakwa meminta rasuah wang tunai RM500 daripada Noorazly Ja’alam untuk membebaskan Muhamad Abdul Goas dan Yudi yang ditahan kerana disyaki tidak membawa dokumen perjalanan dan permit kerja sah di Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau antara 13 dan 14 Januari 2013.

Selain itu, Umar Saifuddin juga dituduh bersetuju menerima suapan berjumlah RM400 daripada Noorazly bagi tujuan sama di sebuah restoran di Taman Rembau Permata, Chembong, Rembau, pada 14 Januari 2013, sekitar 6.30 petang.
Justeru, tertuduh berdepan tindakan undang-undang mengikut Seksyen 16(a)(B) dan Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, denda 5 kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi.

Bagi pertuduhan pertama, Fathiyah menjatuhkan hukuman denda RM10,000 dan penjara 24 bulan atau tambahan 8 bulan penjara jika gagal membayar denda, manakala bagi pertuduhan ke-2 pula ditetapkan denda RM10,000 dan penjara 28 bulan atau tambahan penjara 8 bulan jika gagal membayar denda.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara bagi kedua-dua pertuduhan berjalan serentak.
Peguam, Datuk Hanif Hasan yang mewakili tertuduh memohon mahkamah menangguhkan hukuman penjara dan denda.

Hakim kemudiannya memutuskan hukuman penangguhan penjara dibenarkan dan jaminan mahkamah sedia ada iaitu RM6,000 dinaikkan kepada RM10,000.

Manakala permohonan penangguhan hukuman denda ditolak dan tertuduh diarahkan membayar denda sebanyak RM20,000 bagi kedua-dua pertuduhan serta-merta.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurdiyanah Mohd Nawawi.



Thus Article Polis dipenjara 28 bulan, didenda RM20,000 akibat rasuah RM900

Itulah artikel Polis dipenjara 28 bulan, didenda RM20,000 akibat rasuah RM900 Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Polis dipenjara 28 bulan, didenda RM20,000 akibat rasuah RM900 dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/12/polis-dipenjara-28-bulan-didenda.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Polis dipenjara 28 bulan, didenda RM20,000 akibat rasuah RM900"

Post a Comment