Tajuk : RAFIZI DEDAH SKENDAL PENGANJURAN EKSPO NEGARAKU RM34 JUTA
link : RAFIZI DEDAH SKENDAL PENGANJURAN EKSPO NEGARAKU RM34 JUTA
RAFIZI DEDAH SKENDAL PENGANJURAN EKSPO NEGARAKU RM34 JUTA
Setelah mendapat maklumat baru, Ahli Parlimen Pandan, YB Rafizi Ramli telah mengakui kesilapannya dan menyatakan bahawa Raslan Dahlan bukanlah abang kepada Dato’ Seri Rahman Dahlan.
Rafizi memohon maaf kepada individu Ketua Pegawai Eksekutif PICO Itegrated Exhibit Sdb Bhd Raslan Dahlan kerana mendakwa beliau adalah abang kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Rafizi telah memadamkan sebarang bahan yang mengaitkan mereka mempunyai pertalian darah.
Namun menurut Rafizi, itu bukanlah isu yang sebenar dan menasihatkan Rahman Dahlan jangan ghairah ingin mengalihkan pandangan masyarakat dari isu pembaziran wang rakyat untuk menganjurkan Ekspo Negaraku yang mencecah puluhan juta sedangkan rakyat mengikat perut, beliau tidak boleh lari dari menjawab soalan-soalan penting ini:
1. Berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk menganjurkan ekspo ini dan sama ada satu tender terbuka telah dipanggil bagi tujuan ini?
2. Siapa yang membayarnya kerana tiada rekod dalam sistem perolehan kerajaan ini pernah melalui proses perolehan yang biasa di peringkat kementerian.
Rafizi menempelak Rahman Dahlan bahawa tugas beliau sebagai menteri yang dipertanggungjawabkan merancang ekonomi, bukan untuk menganjurkan ekspo yang menelan puluhan juta wang rakyat bagi tujuan membodek Perdana Menteri semata-mata.
Tiada Rekod Tender
Menurut Rafizi, semakan kepada kesemua kontrak yang pernah dikeluarkan tender oleh Unit Perancang Ekonomi menunjukkan bahawa tidak ada sebarang rekod penganjuran Ekspo Negaraku dan lantikan PICO Integrated Exhibits (M) Sdn Bhd pernah melalui apa-apa proses tender mahupun rundingan terus; sedangkan ia diumumkan sebagai projek anjuran Jabatan Perdana Menteri di bawah pimpinan Dato’ Seri Rahman Dahlan.
Rafizi menganggarkan kos penganjuran Ekspo Negaraku adalah sekitar RM34 juta. Sila baca sepenuhnya di sini
Thus Article RAFIZI DEDAH SKENDAL PENGANJURAN EKSPO NEGARAKU RM34 JUTA
Itulah artikel RAFIZI DEDAH SKENDAL PENGANJURAN EKSPO NEGARAKU RM34 JUTA Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel RAFIZI DEDAH SKENDAL PENGANJURAN EKSPO NEGARAKU RM34 JUTA dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/12/rafizi-dedah-skendal-penganjuran-ekspo.html
0 Response to "RAFIZI DEDAH SKENDAL PENGANJURAN EKSPO NEGARAKU RM34 JUTA"
Post a Comment