Tajuk : Sapalaa.......makbapak budak ni?
link : Sapalaa.......makbapak budak ni?
Sapalaa.......makbapak budak ni?
Cikgu Azizan bebas, kes ditarik balik
Asila Jalil, Yasmin Ramlan - Diterbitkan pada 19 Dec 2017 9:47AM
Azizan Manap atau Cikgu Azizan melambai kepada orang ramai yang terdiri daripada guru dan keluarganya ketika di luar Mahkamah Majistret Seremban, hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 19 Disember, 2017
SEORANG guru, Azizan Manap yang sepatutnya dibicarakan hari ini atas tuduhan mencederakan anak muridnya, dibebaskan daripada dakwaan tersebut oleh Mahkamah Majistret Seremban.
Majistret Mohd Zaki Abd Rahman membuat keputusan itu selepas pendakwa raya menarik balik pertuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Mahkamah turut mengembalikan wang ikat jamin RM500 kepada tertuduh.
Azizan, 44, yang baru bertugas di Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Nilai merupakan penolong hal ehwal murid yang bertanggungjawab atas isu disiplin. Dia dituduh mencederakan anak muridnya yang didakwa terlibat dalam kes disiplin berat termasuk menghidu gam.
Kes ini menarik perhatian umum selepas Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Jumaat lepas menggesa guru-guru hadir di mahkamah hari ini untuk memberikan sokongan dan solidariti kepada Azizan.
Perkarangan mahkamah hari ini penuh dengan kehadiran guru-guru yang menunjukkan sokongan kepada rakan sejawatan yang mereka sifatkan teraniaya kerana menjalankan tugas, sesuatu yang jarang dilihat dalam beberapa kes saman oleh ibu bapa terhadap guru sebelum ini. – 19 Disember, 2017.
BERKAITAN:
Sokongan moral kepada Cikgu Azizan
Saya maafkan murid saya, kata Cikgu Azizan

Thus Article Sapalaa.......makbapak budak ni?
Itulah artikel Sapalaa.......makbapak budak ni? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Sapalaa.......makbapak budak ni? dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/12/sapalaamakbapak-budak-ni.html
0 Response to "Sapalaa.......makbapak budak ni?"
Post a Comment