Sikap 'berkecuali' PAS adalah hasil mesyuarat dan 'restu' ahli - Dewan Ulama

Sikap 'berkecuali' PAS adalah hasil mesyuarat dan 'restu' ahli - Dewan Ulama - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Sikap 'berkecuali' PAS adalah hasil mesyuarat dan 'restu' ahli - Dewan Ulama, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Sikap 'berkecuali' PAS adalah hasil mesyuarat dan 'restu' ahli - Dewan Ulama
link : Sikap 'berkecuali' PAS adalah hasil mesyuarat dan 'restu' ahli - Dewan Ulama

Baca juga


Sikap 'berkecuali' PAS adalah hasil mesyuarat dan 'restu' ahli - Dewan Ulama

Oleh Athirah Hanapiah
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed bertegas semua keputusan untuk berkecuali sama ada di Dewan Undangan Negeri (DUN) atau di Parlimen diambil selepas mengadakan mesyuarat selain mendapat 'restu' ahli akar umbi parti.
 
Mahfodz juga berkata sikap berkecuali PAS dalam isu tertentu dibuat demi menjaga kepentingan rakyat dan parti, bukannya mahu memberikan sokongan kepada Umno-Barisan Nasional (BN).
 
Beliau kemudiannya merujuk sikap berkecuali yang diambil PAS pada sesi kelulusan pembentangan Bajet 2018 yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Oktober lalu.
 
"Kita buat keputusan ikut kepada keadaan semasa, ada kalanya kita menentang, ada kalanya kita berkecuali.
 
"Kita memang ikut keadaan, katakan lah kita tolak (Bajet 2018), kita bukan hentikan kerajaan, malah rakyat akan rugi kerana kalau kita tolak bajet itu bermakna bajet itu tidak boleh dijalankan dan merugikan rakyat.
 
"Kita nak buat keputusan itu kita ada mesyuarat, berbincang dengan pimpinan PAS termasuklah Majlis Syura, jadi kita percaya bahawa keputusan bersama itulah yang terbaik," katanya kepada Antarapos.
 
Untuk rekod pada sesi Bajet 2018 Oktober lalu, seramai 11 daripada 14 ahli Parlimen PAS memilih untuk tidak mengundi.
 
Bajet 2018 berjumlah RM280.25 bilion mendapat sokongan 107 ahli parlimen BN.
 
Bilangan keseluruhan ahli parlimen pembangkang pula menolak Bajet 2018 adalah seramai 59 orang.
 
Terdahulu Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Terengganu, Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad mendakwa strategi 'berkecuali' PAS di peringkat nasional dan negeri memakan diri apabila penyokong mula mempertikaikan sikap PAS.
 
Katanya,  strategi berkecuali itu turut menyebabkan parti tersebut dilihat tidak konsisten dari segi pendirian dan berpolitik.
 
Menafikan dakwaan Raja Kamarul, Mahfodz berkata sokongan rakyat terhadap PAS semakin meningkat lebih-lebih lagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan berlangsung beberapa bulan sahaja daripada sekarang.
 
Justeru katanya, tidak timbul isu penyokong PAS keliru dengan pendekatan yang diambil pasti Islam itu ketika ini, dan mula beralih arah ke parti lain.
 
"Ahli PAS yang baru meningkat dari tahun ke tahun malah tahun ini (2017), paling ramai sekali masuk PAS dari Januari hingga Disember, macam mana kata ahli PAS keliru?
 
"Bila kita buat Fastaqim 2.0 di Terengganu, kehadirannya melebihi daripada apa yang kita buat ketika di Kelantan, lebih dari 250 ribu, jadi ini menunjukkan peningkatan sokongan mereka tehadap PAS," ujarnya lagi.
 
 


Thus Article Sikap 'berkecuali' PAS adalah hasil mesyuarat dan 'restu' ahli - Dewan Ulama

Itulah artikel Sikap 'berkecuali' PAS adalah hasil mesyuarat dan 'restu' ahli - Dewan Ulama Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Sikap 'berkecuali' PAS adalah hasil mesyuarat dan 'restu' ahli - Dewan Ulama dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/12/sikap-berkecuali-pas-adalah-hasil.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Sikap 'berkecuali' PAS adalah hasil mesyuarat dan 'restu' ahli - Dewan Ulama"

Post a Comment