SPRM DIGESA TERUSKAN SIASATAN SKANDAL PENAJAAN TRW OLEH MARA

SPRM DIGESA TERUSKAN SIASATAN SKANDAL PENAJAAN TRW OLEH MARA - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk SPRM DIGESA TERUSKAN SIASATAN SKANDAL PENAJAAN TRW OLEH MARA, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : SPRM DIGESA TERUSKAN SIASATAN SKANDAL PENAJAAN TRW OLEH MARA
link : SPRM DIGESA TERUSKAN SIASATAN SKANDAL PENAJAAN TRW OLEH MARA

Baca juga


SPRM DIGESA TERUSKAN SIASATAN SKANDAL PENAJAAN TRW OLEH MARA

Berikut adalah kenyatan media Pemuda Amanah Nasional : 

 1. Kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bahawa pihak Pendakwaraya memutuskan Tan Sri Annuar Musa tidak akan didakwa berhubung skandal penajaaan wang Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pasukan bolasepak The Red Warriors (TRW) oleh anak syarikat milik MARA iaitu UniKL (RM500,000) dan Pelaburan Mara Berhad (RM200,000) kerana tidak cukup bukti amat memeranjatkan dan menimbulkan persepsi negatif di kalangan masyarakat. SPRM seolah-olah dilihat telah bertindak sebagai hakim dengan membebaskan beliau tanpa sebarang pendakwaan. 

 2. Ini adalah kerana Tan Sri Annuar Musa ketika kejadian adalah Pengerusi MARA dan pada yang sama adalah Penasihat pasukan TRW dan dengan itu boleh dianggap mempunyai percanggahan kepentingan dalam kedua-dua entiti. Kemungkinan wujudnya elemen jenayah seperti penyelewengan, pecah amanah, penipuan atau rasuah dalam skandal penajaan wang MARA ini memerlukan siasatan lanjut secara menyeluruh dan bebas oleh pihak SPRM. 

 3. Pihak SPRM atau Peguam Negara tidak boleh dengan mudah menutup siasatan skandal ini. Jika benar tidak cukup bukti untuk mendakwa, seharusnya Peguam Negara mengarahkan pihak SPRM untuk membuat siasatan lanjut. Pihak SPRM perlulah bertindak dengan lebih efisyen dan dedikasi agar duit rakyat tidak sewenang-wenangnya disalahgunakan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu dengan membelakangkan kepentingan rakyat terbanyak. 

 4. Justeru, Pemuda AMANAH mendesak supaya SPRM meneruskan siasatan berhubung skandal ini kerana tujuan pembayaran tersebut telah menyimpang daripada tujuan asal MARA yang seharusnya digunakan bagi meningkatkan kualiti kehidupan orang Melayu terutamanya dalam bidang pendidikan dan perniagaan. 

FAIZ FADZIL
Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional
13 DISEMBER 2017


Thus Article SPRM DIGESA TERUSKAN SIASATAN SKANDAL PENAJAAN TRW OLEH MARA

Itulah artikel SPRM DIGESA TERUSKAN SIASATAN SKANDAL PENAJAAN TRW OLEH MARA Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel SPRM DIGESA TERUSKAN SIASATAN SKANDAL PENAJAAN TRW OLEH MARA dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/12/sprm-digesa-teruskan-siasatan-skandal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "SPRM DIGESA TERUSKAN SIASATAN SKANDAL PENAJAAN TRW OLEH MARA"

Post a Comment