Tajuk : Tangan kanan Anwar tak dapat digunakan – Nurul Izzah
link : Tangan kanan Anwar tak dapat digunakan – Nurul Izzah
Tangan kanan Anwar tak dapat digunakan – Nurul Izzah
KEADILAN DAILY
Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjalani pembedahan pada sendi bahu kanannya November lalu, berdepan kesukaran untuk menggunakan tangan kanannya.
Anak perempuannya Nurul Izzah Anwar yang juga merupakan Naib Presiden KEADILAN berkata, pembedahan terbabit jauh lebih rumit daripada pembedahan pada 2004 dan Anwar memerlukan sekurang-kurangnya 10 minggu untuk pulih.
“Kualiti hidup yang dia terima ketika di penjara akan memberi kesan kepada pergerakannya… tangan kanannya tidak dapat digunakan sepenuhnya,” kata ahli Parlimen Lembah Pantai itu, lapor The Malaysian Insight.
“Ada banyak larangan untuk tahanan politik dan sentiasa ada pengawal selama 24 jam sehari.”
“Lawatan kami terhad dan semua perbualan kami dipantau.
“Keluarga kami memang mahu dia berada di sana (pusat pemulihan), sebab pergerakannya akan terjejas teruk jika kembali ke penjara,” kata Nurul Izzah.
Anwar menjalani pembedahan pada 12 November lalu dan kini menjalani pemulihan di Cheras.
Thus Article Tangan kanan Anwar tak dapat digunakan – Nurul Izzah
Itulah artikel Tangan kanan Anwar tak dapat digunakan – Nurul Izzah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Tangan kanan Anwar tak dapat digunakan – Nurul Izzah dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/12/tangan-kanan-anwar-tak-dapat-digunakan.html
0 Response to "Tangan kanan Anwar tak dapat digunakan – Nurul Izzah"
Post a Comment