[Video Kenapa Pas sokong 'pencuri' & Umno Berjaya Peralatkan Pas] Surat Dato' Mahfuz Omar KELUAR PAS & Kenyataan 'PUAS HATI' Tuan Ibrahim burukkan imej Pas, seolah LINDUNGI PENCURI?

[Video Kenapa Pas sokong 'pencuri' & Umno Berjaya Peralatkan Pas] Surat Dato' Mahfuz Omar KELUAR PAS & Kenyataan 'PUAS HATI' Tuan Ibrahim burukkan imej Pas, seolah LINDUNGI PENCURI? - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk [Video Kenapa Pas sokong 'pencuri' & Umno Berjaya Peralatkan Pas] Surat Dato' Mahfuz Omar KELUAR PAS & Kenyataan 'PUAS HATI' Tuan Ibrahim burukkan imej Pas, seolah LINDUNGI PENCURI?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : [Video Kenapa Pas sokong 'pencuri' & Umno Berjaya Peralatkan Pas] Surat Dato' Mahfuz Omar KELUAR PAS & Kenyataan 'PUAS HATI' Tuan Ibrahim burukkan imej Pas, seolah LINDUNGI PENCURI?
link : [Video Kenapa Pas sokong 'pencuri' & Umno Berjaya Peralatkan Pas] Surat Dato' Mahfuz Omar KELUAR PAS & Kenyataan 'PUAS HATI' Tuan Ibrahim burukkan imej Pas, seolah LINDUNGI PENCURI?

Baca juga


[Video Kenapa Pas sokong 'pencuri' & Umno Berjaya Peralatkan Pas] Surat Dato' Mahfuz Omar KELUAR PAS & Kenyataan 'PUAS HATI' Tuan Ibrahim burukkan imej Pas, seolah LINDUNGI PENCURI?

Isnin, 1 Januari 2018


Mahfuz isytihar keluar Pas berkuatkuasa jam 11.59 malam ini
Malaysia Dateline

Surat Dato' Mahfuz Omar KELUAR PAS


Dato' Hj Mahfuz Hj Omar
No 11 Taman Al Walid
Jalan Langgar
05460 Alor Setar
Kedah

Yb Dato' Takiyuddin Haji Hassan
Setiausaha Agung Parti Islam Semalaysia (Pas)
No 318A,Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur.                                                        31 Disember 2017
                                                                                             12 Rabiulakhir 1439H

Assalamualaikum Wrt. Wbt,

Tuan,

Per: PEMBERHENTIAN MENGANGGOTAI PARTI ISLAM SeMALAYSIA (PAS)
Merujuk perkara diatas,saya Mahfuz Bin Omar nombor kad pengenalan 570825-02-6067 dan ahli Pas yang bernombor  0166398 (ahli bagi Pas Kawasan Pokok Sena) dengan ini memaklumkan untuk tindakan pihak tuan,berasaskan kepada peruntukan Perlembagaan Pas Fasal 15 (2) dengan ini berhenti dari menganggotai Pas berkuatkuasa  jam 11.59 malam hari ini 31 Desember 2017.

Pemberhentian saya sebagai ahli Pas yang saya sertai selama 34 tahun sejak 12 Mac 1984 adalah ekoran dari tindak tanduk tidak sihat kepimpinan tertinggi Pas dalam menguruskan hal hal yang berkaitan dengan perjuangan Islam. Antaranya pengurusan RUU 355 yang dinyatakan oleh Pas sebagai nyawa Pas tetapi akhirnya dilihat memperalatkan RUU 355 untuk kepentingan politik semata-mata. Sikap berkecuali Pas dalam isu Bajet beberapa tahun mutakhir ini dan yang terakir pendirian berkecuali Pas di Parlimen dalam pengundian Bajet 2018 dilihat sebagai satu pengkhianatan pada kesusahan,kesengsaraan dan penderitaan rakyat dari bajet yang mencekek kehidupan rakyat. 
Begitu juga pendirian Pas yang hanya menyasarkan untuk menang 40 kerusi Parlimen sahaja pada pru14 nanti adalah menunjukan ketidaksediaan Pas untuk mengambil alih urusan pemerintahan negara dari pemerintah klaptokrat Umno Bn. 
Sedangkan rata rata ahli Pas di akar umbi mahukan peralihan kuasa pemerintahan berlaku pada pru14 akan datang untuk keluar dari beban kos sara hidup dan menyelamatkan negara dari klaptokrat Umno Bn yang menjadi sebahagian dari tuntutan Islam. Kini Pas sedang bertindak memencilkan diri dari rakyat terbanyak dalam mendepani arus perdana politik negara yang tak perlu saya huraikan satu persatu disini.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih atas segala pengalaman dan tunjuk ajar sepanjang saya berada dalam organisasi Pas.Saya juga memohon jutaan kemaafan dan keampunan atas segala kesilapan serta kekurangan sumbangan dan pengorbanan yang saya berikan sepanjang menjadi ahli Pas.
Moga Allah SWT akan meneguhkan lagi Istiqamah saya bersama Islam walaupun selepas berhenti dari menjadi ahli Pas dan didoakan ikatan silaturrahim persahabatan dan ukhwah Islamiah sesama kita kekal teguh walaupun saya tidak lagi menjadi ahli Pas. 

Sekian,
Terima Kasih.

#IstiqamahBersamaIslam
#BinaSemulaMalaysia
#SelamatkanMalaysia

Yang Benar,
Dato' Haji Mahfuz Bin Haji Omar


Image result for Gambar kenapa Pas sokong pencuri
"PAS juga seolah-olah melindungi pencuri. Ia memburukkan imej parti," katanya.

Mahfuz: PUAS HATI Tuan Ibrahim burukkan imej PAS, seolah LINDUNGI PENCURI

Bekas naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menyelar kenyataan timbalan presiden parti itu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkaitan isu penyelesaian hutang 1MDB.
Mahfuz berkata, kenyataan Tuan Ibrahim semalam menggambarkan beliau tidak faham “akar isu” masalah 1MDB dengan mengatakan menyatakan rasa puas hati dengan pelan penyelesaian syarikat itu.
“Seolah-oleh Tuan Ibrahim bagi gambaran bahawa beliau dan rakan-rakan (PAS) yang lain tak faham apa itu rasionalisasi (hutang 1MDB),” katanya kepada Malaysiakini.
Mahfuz yang juga Anggota Parlimen Pokok Sena berkata isu utama dalam 1MDB adalah syarikat kontroversi itu berhutang dan melunaskan hutangnya dengan menggunakan "plan transformasi".
Plan transformasi itu pula antara lain meminjam wang daripada Tabung Haji dan menjual aset negara kepada negara China.
"1MDB jual aset pada China, guna wang Tabung Haji dan jual barang utk bayar hutang dari hasil kecurian bolehkan plan rasionalisasi, jadi sampai jual aset.
"Jadi saya agak hairan pemimpin PAS blur (kabur) apa itu akar isu dan apa itu rasionalisasi 1MDB," katanya.
Sebelum ini Tuan Ibrahim telah mengetuai rombongan PAS bertemu pengurusan tertinggi 1MDB termasuk presidennya Arul Kandasamy.
Selepas mendengar penjelasan, PAS semalam menyatakan rasa puas hati dengan pelan penyelesaian syarikat itu.
Mengulas lanjut, Mahfuz berkata kenyataan yang dibuat Tuan Ibrahim itu seolah-olah PAS tidak pernah mempunyai masalah dengan syarikat itu.
"PAS juga seolah-olah melindungi pencuri. Ia memburukkan imej parti," katanya.



Thus Article [Video Kenapa Pas sokong 'pencuri' & Umno Berjaya Peralatkan Pas] Surat Dato' Mahfuz Omar KELUAR PAS & Kenyataan 'PUAS HATI' Tuan Ibrahim burukkan imej Pas, seolah LINDUNGI PENCURI?

Itulah artikel [Video Kenapa Pas sokong 'pencuri' & Umno Berjaya Peralatkan Pas] Surat Dato' Mahfuz Omar KELUAR PAS & Kenyataan 'PUAS HATI' Tuan Ibrahim burukkan imej Pas, seolah LINDUNGI PENCURI? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel [Video Kenapa Pas sokong 'pencuri' & Umno Berjaya Peralatkan Pas] Surat Dato' Mahfuz Omar KELUAR PAS & Kenyataan 'PUAS HATI' Tuan Ibrahim burukkan imej Pas, seolah LINDUNGI PENCURI? dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/12/video-kenapa-pas-sokong-pencuri-umno.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[Video Kenapa Pas sokong 'pencuri' & Umno Berjaya Peralatkan Pas] Surat Dato' Mahfuz Omar KELUAR PAS & Kenyataan 'PUAS HATI' Tuan Ibrahim burukkan imej Pas, seolah LINDUNGI PENCURI?"

Post a Comment