Tajuk : [Video PARAH!~PAS Sudah tak boleh diharap] Azam tahun baru turun Najib, hancur Umno.
link : [Video PARAH!~PAS Sudah tak boleh diharap] Azam tahun baru turun Najib, hancur Umno.
[Video PARAH!~PAS Sudah tak boleh diharap] Azam tahun baru turun Najib, hancur Umno.
Isnin, 1 Januari 2017Azam tahun baru turun Najib, hancur Umno
Perhimpunan ‘Turun Minyak Turun Najib’ di ibu negara menjelang tahun baru 2018 menyaksikan peserta berazam untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Protes bertemakan warna putih itu menuntut supaya kerajaan mengembalikan subsidi minyak serta menetapkan harga siling petrol RON95 dan diesel masing-masing pada harga RM1.90 dan RM1.80 seliter.
Laungan ‘Turun Najib, Hancur Umno’ kedengaran sepanjang perarakan yang bermula jam 11 malam tadi dari kompleks beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abduk Rahman menuju ke Dataran Merdeka.
Ketua Pemuda Pakatan Harapan, Nik Nazmi Nik Ahmad merangkap Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK); bekas ahli Bersatu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan serta kumpulan aktivis Otai Reformis 1998 antara mereka yang berada di barisan depan perarakan.
Walau bagaimanapun, himpunan dihadiri kira-kira 1,000 peserta yang turut melaungkan ‘Mansuh GST, Turun minyak’ itu disekat oleh pihak polis daripada memasuki Dataran Merdeka.
Polis juga sebelum itu melarang peserta protes yang terdiri daripada penyokong Pakatan Harapan daripada menggunakan pembesar suara dan kompang selain mengingatkan supaya tidak menganggu trafik.
Polis mendakwa penganjur melanggar syarat Akta Perhimpunan Aman 2012.
Kira-kira 11.45 malam, seorang pegawai polis mengarahkan peserta protes yang juga membawa sepanduk berupa wajah mirip Najib itu supaya meninggalkan lokasi himpunan dalam tempoh 15 minit.
Sepanduk hitam putih dengan imej panahan kilat berwarna merah itu tertera ungkapan ‘Koruptor Musuh Negara’ dengan mata kiri bertutup berlambangkan lanun.
Namun, sebahagian peserta termasuk mewakili NGO dan mahasiswa masih tidak berganjak menantikan acara pertunjukan bunga api di Dataran Merdeka.
Sementara itu, seorang peserta yang turut membawa anaknya berusia 4 tahun memberitahu Malaysia Dateline, beliau awal-awal lagi diarahkan anggota polis supaya segera meninggalkan lokasi himpunan.
“Encik, elok balik dulu. Ada orang buat kacau,” katanya mengulangi kembali arahan anggota berkuasa tersebut.
Pihak polis memberitahu pemberita akan menyiasat pihak penganjur atas alasan melanggar syarat-syarat dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.
Perhimpunan ‘Turun Turun’ di ambang tahun baharu itu susulan daripada aksi protes Permuda Pakatan Harapan berkampung di perkarangan Parlimen selama 42 jam mulai 23 November 2016.
MD.
Thus Article [Video PARAH!~PAS Sudah tak boleh diharap] Azam tahun baru turun Najib, hancur Umno.
Itulah artikel [Video PARAH!~PAS Sudah tak boleh diharap] Azam tahun baru turun Najib, hancur Umno. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel [Video PARAH!~PAS Sudah tak boleh diharap] Azam tahun baru turun Najib, hancur Umno. dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/12/video-parahpas-sudah-tak-boleh-diharap.html
0 Response to "[Video PARAH!~PAS Sudah tak boleh diharap] Azam tahun baru turun Najib, hancur Umno."
Post a Comment