AKU NAK HABAQ KAT DATO' MAHFUZ: 'MAI LA JOIN AMANAH...'

AKU NAK HABAQ KAT DATO' MAHFUZ: 'MAI LA JOIN AMANAH...' - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk AKU NAK HABAQ KAT DATO' MAHFUZ: 'MAI LA JOIN AMANAH...', Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : AKU NAK HABAQ KAT DATO' MAHFUZ: 'MAI LA JOIN AMANAH...'
link : AKU NAK HABAQ KAT DATO' MAHFUZ: 'MAI LA JOIN AMANAH...'

Baca juga


AKU NAK HABAQ KAT DATO' MAHFUZ: 'MAI LA JOIN AMANAH...'


(Maafkan aku guna loghat utagha dalam posting ni sebab Mahfuz atau Put ni pekat utagha dia. Edisi khas untuk Dato' Mahfuz Omar saja) 

 1. Aku tengoq sidang akhbar Mahfuz melalui live fb AMANAH Kedah, masa tu aku dok kat katil hospital KPJ Perda pasai buat checkup penuh nak masuk 2018. Alhamdulillah aku fit lagi nak lawan Umno/BN. Masa tu aku pun 'like' dan dok tunggu apa ceghita Put kali ni. Dok agak nak bagi tau masuk AMANAH ka, tapi cheih..habaq kata keluaq Pas aja. Takpa la, tu kigha step dok mai kat kita la tu... 

 2. Tapi yang aku nak maghah ada orang dok peleche Mahfuz. Ada jugak orang kanan parti sejarah dok sebut harum manis guguq busukla, ghiuh sekampung ayam beteloq la...hat ni aku kena jawab balik kat depa. 

 3. Ada oghang kata kat Mahfuz macam-macam. Aku kenai Mahfuz lama dah. Pernah jadi bos aku masa zaman Pemuda Pas dalu kala. Aku respet bekawan ngan 'Mahfuz wa imma waktu dia masih Pas lagi, masa tu kami dah buat parti AMANAH. Dia ni seoghang jentelmen dalam perjuangan dan tak maein-maein pasai prinsip abaq ang. 

 4. Yang dok kata kat Mahfuz ni, aku nak jawab bagi pantun saja, pasai depa ni budak 'kanyaq' lagi masa Mahfuz dah belumoq dalam politik. Aku kenai Mahfuz masa dia dok lepak kat rumah ayah aku, Pak Yusof Rawa di Gelugoq, time tu aku dok belajaq kat sekolah Penang Free school lagi. Time tu Mahfuz gheja kat airport Penang dengan sepupu aku Nazri. Ceghamah sakan tiap malam Put ni, kadang-kadang bukan ada ghamai oghang dengaq pun. Dia balun.. nin dia abaq ang. Aku tau la pasai aku jadi pendengaq setia sama Mamu Anuat ngan arwah Pak Leh dan arwah Pak Yeh. La ni budak kanyaq somua mai dah elok dah..mana depa tau ceghita dok menebeh dulu tapi bab sembang kalu.. mak aih.. 

 5. Masa awai lagi aku ajak dia masuk AMANAH tapi dia jenih ada stail sendiri. Aku respet stail dia, pasai aku dok agak dah, dia ni mesti buat step-step yang dia susun dari awai. Aku masuk meminang lama dah dia sengeh aja. Mahfuz ni aku belajaq ngan dia banyak benda dalam politik, salah satu kena buat tespen ehh silap suspen baghu ada perhatian. Dia memang spesel bab tu, kena belajaq kat dia hat budak-budak kanyaq tu.  

6. Dia sendiri habaq pa kat reporter..Mula-mula pujuk Pas untuk masuk PH, tak menjadi, lepaih tu ajak ahli PAS sokong PH dalam PRU walau masih ahli Pas, pimpinan Pas maghah. La ni keluaq Pas, dia bagi tau kat reporter bila depa tanya nak masuk parti apa lepaih ni? Mahfuz jawab : "sat, sabaq dulu kena bagi masa 'edah', lepaih tu dia kata masa bertenang, dia kata takkan teruih nak kahwin lepas cerai kot. Lepaih ni aku dok kigha step Mahfuz dia kena pilih mana parti dalam PH yang dia nak join....buat PC pulak oghang tua ni nanti....jeng je jengg.. 

 7. Kalau tanya aku, macam hat aku habaq awai 2 taun dulu, mei la join AMANAH macam anak dia dah setun join. Pi mai pun, member kamcin dia somua la ni jadi pimpinan kanan AMANAH, Mat Sabu, Salahudin, termasuk la aku, Mazlan Aliman hat juniour dia. Tapi kalau dia nak masuk hak laein pun takpa kot, asai jangan Umno sudahlah. 

 8. Apapun tahniah kat abang aku Mahfuz, hat oghang kata tu, biaq pi kat depa, la ni somua hat depa kata lantun mai balik kat depa. Ni pantun aku untuk Mahfuz biaq aku jawab kat budak kanyaq hat beghasa depa kemaih sangat. Ni pantun dia....dengaq beik-beik.
Harum manis busuk katanya
Gugur berbakti rakyat jelata
Tumpang Tuan ingin bertanya
Yang berulat di atas milik siapa?

Siang tidur malam berjaga
Harum bau sibunga melur
Riuh ayam berhasil juga
Diam Tuan di mana telur?

Minum kopi perut sembelit
Jangan sedap buat umpama
Atas berkokok dibawah berpalit
Tuan masih di takok lama

Jangan diganggu sarang tebuan
Lintang pukang ke sana ke sini
Mahfuz bukan macam Tuan
Ada prinsip orangnya berani

Ceramah timur sampai selatan
Lawan 1 MDB suara lesu
Apa guna ada jawatan
Tuan di dalam diam membisu
SAHABAT SEPERJUANGAN
Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa
1 Jan 2018


Thus Article AKU NAK HABAQ KAT DATO' MAHFUZ: 'MAI LA JOIN AMANAH...'

Itulah artikel AKU NAK HABAQ KAT DATO' MAHFUZ: 'MAI LA JOIN AMANAH...' Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel AKU NAK HABAQ KAT DATO' MAHFUZ: 'MAI LA JOIN AMANAH...' dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/aku-nak-habaq-kat-dato-mahfuz-mai-la.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "AKU NAK HABAQ KAT DATO' MAHFUZ: 'MAI LA JOIN AMANAH...'"

Post a Comment