Amanah boleh menang 20 kerusi, dari 27 kerusi Parlimen

Amanah boleh menang 20 kerusi, dari 27 kerusi Parlimen - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Amanah boleh menang 20 kerusi, dari 27 kerusi Parlimen, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Amanah boleh menang 20 kerusi, dari 27 kerusi Parlimen
link : Amanah boleh menang 20 kerusi, dari 27 kerusi Parlimen

Baca juga


Amanah boleh menang 20 kerusi, dari 27 kerusi Parlimen

AKHBAR RAKYAT


Oleh Zulkifli Sulong

AMANAH yakin dapat memenangi 20 dari 27 kerusi Parlimen yang diperuntukkan kepadanya dengan Kota Raja di Selangor dan Kota Bharu di Kelantan berada di kedudukan teratas.

Sumber Amanah memaklumkan, mereka hampir selesai mengkaji kesemua 27 kerusi Parlimen yang akan ditandingi parti tersebut.

"Kita gredkan kerusi kita dari A+ hingga ke D. Dari situ kita dapat sekurang-kurangnya enam kerusi di gred A dengan Kota Raja dan Kota Bharu di kedudukan terbaik," kata sumber itu.

Kerusi A+ dan A adalah kerusi hampir pasti menang, B+ dan B kerusi boleh menang manakala C dan D agak sukar menang.

Daripada 27 kerusi yang diperolehi Amanah, mereka meletakkan enam kerusi di gred A, 16 di gred B manakala lima kerusi di gred C dan D.

Timbalan Presiden Amanah Salahudin Ayub ketika ditanya mengenainya mengesahkan Amanah mengunjurkan menang di sekitar 20 kerusi namun ia tidaklah boleh dicapai dengan mudah.

Sehubungan itu, beliau meminta semua jentera Amanah digerakkan sepenuhnya bersama jentera Pakatan Harapan (PH) untuk mencapai sasaran itu.

"Senario kita paling buruk adalah menang hanya enam kerusi saja," kata bekas ahli Parlimen Kubang Kerian selama dua penggal itu yang kini akan bertanding di Johor, negeri kelahirannya.

Unjuran paling buruk itu dibuat oleh Invoke, badan kajian yang ditubuhkan oleh Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli, berdasarkan sokongan hanya 25% Melayu, 65% Cina dan 30% India kepada PH.

Keyakinan Amanah tidak lari jauh dari apa yang dijangkakan oleh firma pengkaji bebas Politweet dalam laporan mereka minggu lalu, selepas PH memuktamadkan agihan kerusi mereka.

Menurut Politweet, jika berasaskan keputusan PRU13, Amanah boleh menang 18 kerusi berbanding Bersatu (enam), PKR (28) dan DAP (31).

Namun dengan cara pengundian 2013, PH dijangka gagal ke Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Jika PH berjaya menaikkan pencapaiannya dua mata lagi, Amanah akan mendapat 19 kerusi dan dengan lima mata, Amanah akan mendapat 22 kerusi.

Menurut Politweet, PH hanya akan boleh ke Putrajaya jika berjaya meningkatkan pencapaiannya sekurang-kurangnya lima mata lagi dalam PRU14.

Salah satu kerusi kategori terbaik Amanah adalah Kota Raja yang kini disandang ahli Parlimennya, Dr Siti Mariah Mahmud.

Dr Siti Mariah memenanginya untuk kali kedua dalam PRU13 dengan majoriti lebih besar, 29,395 undi berbanding berbanding 20,751 pada PRU12.

Penyumbang utamanya adalah pengundi pelbagai kaum yang menjadi pengundi majoriti di kerusi itu.
Komposisi kaum di sini adalah Melayu 44%, India (29%) manakala Cina (25%).

Dalam konvensyen Amanah Selangor 2017, Pengerusi Amanah Selangor Izham Hashim mengumumkan, pihaknya menawarkan kerusi di Selangor kepada presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Sejak itu, Mohamad disebut-sebut akan bertanding di Kota Raja, dan tidak kurang juga yang berpendapat Dr Mariah akan mempertahankan kerusi itu.

Satu lagi kerusi Amanah kategori terbaik adalah kawasan Parlimen Kota Bharu, di Kelantan yang dijangka akan ditandingi Pengerusi PH negeri itu, Husam Musa.

Cadangan itu disuarakan Pengerusi Amanah Kelantan Wan Abdul Rahim Abdullah dalam satu majlis pelancaran jentera pilihan raya.

Ia dipersetujui oleh Mohamad yang turut berucap dalam majlis sama di Bunut Payong, kerusi DUN yang terletak dalam Parlimen Kota Bharu itu



Thus Article Amanah boleh menang 20 kerusi, dari 27 kerusi Parlimen

Itulah artikel Amanah boleh menang 20 kerusi, dari 27 kerusi Parlimen Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Amanah boleh menang 20 kerusi, dari 27 kerusi Parlimen dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/amanah-boleh-menang-20-kerusi-dari-27.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Amanah boleh menang 20 kerusi, dari 27 kerusi Parlimen"

Post a Comment