Amanah sasar 100 kerusi DUN, mahu bukti bukan parti tercorot

Amanah sasar 100 kerusi DUN, mahu bukti bukan parti tercorot - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Amanah sasar 100 kerusi DUN, mahu bukti bukan parti tercorot, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Amanah sasar 100 kerusi DUN, mahu bukti bukan parti tercorot
link : Amanah sasar 100 kerusi DUN, mahu bukti bukan parti tercorot

Baca juga


Amanah sasar 100 kerusi DUN, mahu bukti bukan parti tercorot

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Amanah mensasarkan untuk sekurang-kurangnya mendapat 100 kerusi DUN di Semenanjung dan Sabah untuk ditandingi partinya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
 
Setiausaha Agung parti itu, Mohd Anuar Mohd Tahir menjangkakan partinya tidak lagi berada pada kedudukan tercorot dalam agihan kerusi sesama parti komponen Pakatan Harapan (PH).
 
"Untuk kerusi DUN, tidak semestinya Parti Amanah Negara akan berada di tangga terakhir dari segi jumlah kerusi yang akan ditandingi.
 
"Sasaran kerusi yang bakal ditandingi berdasarkan kepada boleh menang kerana ada negeri kita dapat sehingga 14 kerusi dan ada negeri hanya 10 kerusi. Saya percaya sudah tentu parti akan diberikan sekurang-kurangnya 100 kerusi DUN di seluruh negara," katanya dipetik BH Online.
 
Anuar berkata, senario agihan kerusi DUN berbeza dengan Parlimen. Ujarnya peranan Amanah akan diperlukan di beberapa buah negeri, contohnya Kelantan dan Terengganu.
 
DAP pula akan mendapat kerusi lebih di Pulau Pinang, manakala di Selangor pembahagian kerusi akan menjadi lebih seimbang antara empat parti, ujar Anuar.
 
Bagi kerusi Parlimen di Semenanjung, Amanah memperoleh 27 kerusi, manakala PPBM diberi kepercayaan bertanding di 52 kerusi, diikuti PKR (51) dan DAP (35).
 
Mengulas lanjut, Mohd Anuar berkata, badan perhubungan empat parti di setiap negeri perlu menyelesaikan perundingan kerusi DUN sebelum Selasa depan untuk disahkan di peringkat Majlis Presiden gabungan pakatan pembangkang.
 
Katanya, selagi tidak dibawa ke peringkat Majlis Presiden, jumlah yang diuar-uarkan oleh pihak tertentu berhubung pembahagian kerusi dianggap tidak rasmi dan belum muktamad.
 
 


Thus Article Amanah sasar 100 kerusi DUN, mahu bukti bukan parti tercorot

Itulah artikel Amanah sasar 100 kerusi DUN, mahu bukti bukan parti tercorot Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Amanah sasar 100 kerusi DUN, mahu bukti bukan parti tercorot dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/amanah-sasar-100-kerusi-dun-mahu-bukti.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Amanah sasar 100 kerusi DUN, mahu bukti bukan parti tercorot"

Post a Comment