Anwar masih banduan: Itulah sebab Dr. Mahathir dihalang jumpa - Nur Jazlan

Anwar masih banduan: Itulah sebab Dr. Mahathir dihalang jumpa - Nur Jazlan - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Anwar masih banduan: Itulah sebab Dr. Mahathir dihalang jumpa - Nur Jazlan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Anwar masih banduan: Itulah sebab Dr. Mahathir dihalang jumpa - Nur Jazlan
link : Anwar masih banduan: Itulah sebab Dr. Mahathir dihalang jumpa - Nur Jazlan

Baca juga


Anwar masih banduan: Itulah sebab Dr. Mahathir dihalang jumpa - Nur Jazlan

Anwar masih banduan, kata timbalan menteri
Nabihah Hamid · Diterbitkan pada 10 Jan 2018 7:32PM
Anwar Ibrahim masih seorang banduan dan kehidupannya masih dalam kawalan Jabatan Penjara, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Nur Jazlan Mohamed. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 Januari, 2018

KEHIDUPAN Anwar Ibrahim berada dibawah kawalan Jabatan Penjara kerana masih berstatus banduan, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Nur Jazlan Mohamed. 

Justeru katanya, isu Dr Mahathir dihalang melawat ketua umum Pakatan Harapan yang sedang menjalani rawatan di Hospital tidak seharusnya timbul.

"Itu Jabatan Penjara (punya arahan). Mana boleh macam itu, kita tak boleh bagilah semua banduan hendak jumpa sesiapa pun. 

"Seorang banduan bukan orang bebas. Hidup dia (Anwar) dikawal oleh Jabatan Penjara. 

“Orang lain pun tidak dapat hendak jumpa sesiapa kecuali keluarga," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insight yang mengesahkan larangan tersebut datang dari Jabatan Penjara. 

Nur Jazlan mengulas mengenai halangan Pengerusi Bersatu, Dr Mahathir Mohamad melawat Anwar selepas permohonan ditolak Jabatan Penjara. 

Anak perempuan Anwar, Nurul Izzah turut mempersoalkan tindakan pilih kasih kerana Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz pernah dibenarkan melawat bapanya tahun lalu. 

“Bagaimanapun ada beberapa individu seperti Menteri Kabinet, Nazri Aziz yang dibenarkan. Tidak konsisten. Bagaimanapun, kami tertakluk kepada arahan orang atas,” katanyanya ketika ditemui di Hospital Rehabilitasi di Cheras petang tadi. 

Bagaimanapun, menurut Nur Jazlan lawatan Nazri adalah merupakan wakil daripada menteri kabinet dan keputusan tertakluk pada budi bicara Jabatan Penjara. 

"(Lawatan Nazri Aziz) Itu diberi kebenaran hendak melawat. Itu kuasa Jabatan Penjaralah hendak tentukan siapa boleh dan tidak boleh melawat. Kan hari itu Nazri beritahu dia wakil menteri kabinet. 

"Ia tertakluk juga pada budi bicara ketua pengarah Penjara yang menguasai hidup banduan," kata ahli Parlimen Pulai itu.

The Malaysian Insight kini dalam usaha mendapatkan penjelasan Jabatan Penjara mengenai larangan tersebut. 

Nur Jazlan dalam pada itu menafikan dakwaan larangan tersebut berpunca dari kementeriannya. 

"Tiadalah. Bukti ada arahan (dari KDN)?" katanya lagi. 

Lawatan ini sepatutnya menjadi lawatan pertama Dr Mahathir kepada ketua umum PKR itu selepas beliau dipilih menjadi calon perdana menteri PH sekiranya pakatan pembangkang itu menang pilihan raya akan datang. 

Sebelum ini, Anwar menerima kunjungan Perdana Menteri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan seorang menteri Kabinet Nazri Aziz pada November lalu. 

Anwar menjalani pembedahan bagi memulihkan kecederaan yang dialaminya kerana terlibat dalam kemalangan kenderaan Jabatan Penjara yang dinaikinya pada September lalu. – 10 Januari, 2018.


Thus Article Anwar masih banduan: Itulah sebab Dr. Mahathir dihalang jumpa - Nur Jazlan

Itulah artikel Anwar masih banduan: Itulah sebab Dr. Mahathir dihalang jumpa - Nur Jazlan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Anwar masih banduan: Itulah sebab Dr. Mahathir dihalang jumpa - Nur Jazlan dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/anwar-masih-banduan-itulah-sebab-dr.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Anwar masih banduan: Itulah sebab Dr. Mahathir dihalang jumpa - Nur Jazlan"

Post a Comment