Anwar PM kelapan: Ini kata Puad Zarkashi

Anwar PM kelapan: Ini kata Puad Zarkashi - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Anwar PM kelapan: Ini kata Puad Zarkashi, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Anwar PM kelapan: Ini kata Puad Zarkashi
link : Anwar PM kelapan: Ini kata Puad Zarkashi

Baca juga


Anwar PM kelapan: Ini kata Puad Zarkashi

* Hairan juga aku, Puad bercakap macam BN dah roboh dan PH dah berkuasa, Dr. Mahathir pula dah jadi PM kembali, kenapa?

Nampak sangat kebanyakan pemimpin UMNO yang bercakap dalam nada gelabah dan bimbang. Korang rujuklah mana-mana media pun percakapan mereka, komen mereka tentang keputusan konvensyen PH dan PM yang sedang menuggu itu

Tun M akan halang Anwar jadi PM
HASLINA KAMALUDIN -  9 JANUARI 2018
Tun Dr Mahathir Mohamad

SHAH ALAM – Jawatan Perdana Menteri Malaysia ketujuh yang akan dipegang Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan), Tun Dr Mahathir Mohamad bukan bersifat sementara seperti yang beliau akui.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata, Mahathir akan sedaya upaya menghalang Ketua Umum Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menjadi perdana menteri kelapan.

“Difahamkan berlaku ketegangan ketika membincangkan calon perdana menteri Harapan dalam satu mesyuarat sebelum ini apabila Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak bersetuju Tun Mahathir dilantik.

“Dikatakan, pada awalnya Wan Azizah berkeras mahu Anwar menjadi perdana menteri. Akhirnya beliau mengalah dan bersetuju Tun Mahathir menjadi perdana menteri manakala Anwar akan menjadi perdana menteri ke lapan sementara menunggu pengampunan dari Yang DiPertuan Agong,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mohd Puad berkata, Mahathir tidak akan menyerahkan kerajaan kepada Anwar apabila tiba masanya nanti

“Kalau berfikir cara Mahathir, jawabnya ‘tidak boleh’. Kalau berfikir cara Mahathir, Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan menjadi perdana menteri ke lapan. Mahathir ada kata, beliau tak akan menjadi perdana menteri sehingga berusia 100 tahun. Beliau akan berusia 100 tahun pada tahun 2025.

“Ini bermakna, cara berfikir Mahathir ialah dia akan berhenti sebagai perdana menteri hanya setelah Mukhriz berjaya menjadi Timbalan Perdana Menteri dalam tempoh tujuh tahun mulai hari ini,” katanya.

Jelasnya, ini bermakna Mahathir akan menghalang Anwar daripada menjadi Perdana Menteri.

“Ada tiga cara Mahathir berfikir untuk menggagalkan Anwar, iaitu beliau akan menasihatkan Yang DiPertuan Agong, Anwar tidak boleh diampunkan kerana jenayah liwat adalah adalah jenayah berat.

“Kedua, beliau akan memastikan lebih separuh daripada Ahli Parlimen akan menyokongnya kekal sebagai perdana menteri jika ada usaha untuk membawa usul undi tidak percaya terhadapnya di Parlimen,” ujarnya.

Mohd Puad berkata, cara ketiga yang akan digunakan Mahathir adalah menyalahgunakan National Security Council Act 2016 untuk mengumumkan ‘State of Emergency’ jika merasakan kedudukannya terancam.

“Tun Mahathir ada pengalaman dalam hal ini. Beliau pernah menyalahgunakan ISA dalam Ops Lalang 1987 apabila kedudukannya terancam.

“Beliau juga boleh recycle balik apa yang pernah dilakukan dulu kerana bekas musuh tegarnya sendiri yang ‘recycle’ beliau untuk menjadi perdana menteri ‘sementara’,” ujarnya.

Mohd Puad berkata, mengikut gaya berfikir Tun Mahathir, ‘sementara’ adalah bermaksud, satu tempoh sehingga Mukhriz dapat dilantik menjadi timbalan perdana menteri.

“Inilah risiko melantik perdana menteri recycle. Masuk lubang biawak kali kedua.

“Pokoknya Tun Mahathir memang hebat kerana berjaya menjinakkan mereka yang sebelum ini adalah musuh ketatnya iaitu Lim Kit Siang, Mohammad Sabu termasuk Wan Azizah,” katanya.

Tambahnya, Tun Mahathir hebat kerana hari ini segala-galanya terbalik kerana berjaya diterbalikkan oleh Tun Mahathir yang berusia 93 tahun, pernah menjadi diktator 22 tahun dan kini di recycle menjadi perdana menteri oleh musuh ketatnya sendiri.


Thus Article Anwar PM kelapan: Ini kata Puad Zarkashi

Itulah artikel Anwar PM kelapan: Ini kata Puad Zarkashi Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Anwar PM kelapan: Ini kata Puad Zarkashi dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/anwar-pm-kelapan-ini-kata-puad-zarkashi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Anwar PM kelapan: Ini kata Puad Zarkashi"

Post a Comment