Azmin bela mufti atau Anwar?

Azmin bela mufti atau Anwar? - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Azmin bela mufti atau Anwar?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Azmin bela mufti atau Anwar?
link : Azmin bela mufti atau Anwar?

Baca juga


Azmin bela mufti atau Anwar?

Oleh Zainal Salleh
Post Pic
 
[ULASAN] Yang nyata Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad silap, lupa atau mungkin berbohong apabila membidas mufti-mufti kerana gagal menegur PAS yang didakwanya mengkafirkan sesiapa yang tidak menyertai parti itu.
 
Hakikat ini terbongkar apabila Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin berkata Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengisytiharkan 'Amanat Hadi' sebagai sesat.
 
Meskipun seperti Mahathir, Asri  mendakwa 'Amanat Hadi' menyebabkan peristiwa berdarah Memali pada 1985 dan membawa perpecahan umat Islam di Malaysia namun pendedahannya itu sekaligus menafikan dakwaan Mahathir bahawa Mufti tidak bertindak.
 
“Amanat itu nyata sekali mengisytiharkan perlembagaan negara ini sebagai kafir dan rakyat harus berjihad terhadap mana-mana orang yang berpegang pada Perlembagaan.
 
“Kandungan amanat itu, jika ia dilaksanakan, akan menjadi lebih berbahaya daripada kepercayaan pengikut Islam (IS) sekarang,” katanya.
 
Mengambilkira bahawa beliau adalah Perdana Menteri ketika peristiwa Memali berlaku, kenyataan Tun Mahathir pada sesi penggulungan Mesyuarat Agung Tahunan PPBM hujung minggu lalu adalah nyata agak ‘terlajak dan tidak kena tempat’.  
 
“Saya ingin bertanya kepada mufti-mufti yang menjadi penasihat kepada raja, apabila PAS mendakwa bahawa orang yang tidak sertai PAS tu kafir, kenapa mufti-mufti tak betulkan kenyataan itu? 
 
"Mereka berdiam seribu bahasa, seolah-olah mereka setuju dengan pendapat parti PAS. Kalau mereka setuju dengan PAS, mereka tak masuk PAS maka mereka juga kafir," katanya.
 
Dr Mahathir mendakwa sikap berdiam diri mufti ini telah membuahkan ‘Amanat Hadi’ yang  menghangatkan polemik isu kafir mengkafir. 
 
"Orang yang dinasihati mufti kita juga kafir tapi tiada yang berani cakap (tegur) diam seribu bahasa sampaikan Amanat Hadi dikeluarkan dan pengikut-pengikut Ibrahim Libya merancang kononnya menggunakan pemberontakan bersenjata untuk menjatuhkan kerajaan.
 
"Apa yang kita lihat adalah peristiwa Memali yang mana pengikut Ibrahim Libya membunuh 4 orang polis kerana pada mereka polis ini adalah kafir yang bekerja dengan kerajaan kafir. 
 
"Inilah hasil daripada fatwa yang dikeluarkan ahli politik yang tak ditangkis oleh mufti-mufti. Saya fikir mufti-mufti patut bertanggungjawab kenapa berlaku peristiwa Memali. Ia tidak akan berlaku kalau awal-awal lagi mufti-mufti mencabar. Kenapakah Amanat Hadi tidak disangkal oleh mereka,” ujar Dr Mahathir.   
 
PKR kritik fitnah mufti 
 
Peristiwa Memali tercetus pada 19 November 1985 dalam era pemerintahan Mahathir, apabila pihak keselamatan mahu menahan guru agama, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya atas dakwaan mengancam keselamatan negara.
 
Pertempuran di antara pihak keselamatan dengan penduduk kampung akhirnya mengorbankan 18 orang termasuk guru agama berkenaan  beserta empat anggota polis, dengan berpuluh lain tercedera serta beratus orang pula ditahan.
  
PAS menafikan ia mengkafirkan orang Melayu yang tidak menyokong perjuangannya dan menuduh Dr Mahathir sebagai menyebarkan fitnah.  
 
 Apapun polemik menghentam mufti ini mendapat kritikan langsung daripada Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohd Azmin Ali yang menganggap langkah itu sandiwara politik. 
 
Azmin Ali bingkas menempelak tindakan ‘pihak yang melempar fitnah kepada mufti-mufti demi kepentingan politik sebagai tidak wajar dan merendahkan martabat mufti’.
 
Lantas Azmin mendesak pihak berkenaan untuk taubat nasuha dan menghentikan sandiwara politiknya.
 
"Tidak wajar mana-mana individu mempersendakan dan memperlekehkan mufti kerana kepentingan politik. Kita boleh berbeza pandangan tapi jangan aibkan orang lain.
 
"Memfitnah mufti adalah satu tindakan keterlaluan. Taubat nasuha. Hentikan sandiwara," kata Azmin dalam mesej Twitternya.
 
Meskipun Azmin tidak menamakan pihak yang mengeluarkan kenyataan itu namun kecaman Twitternya selepas Tun Mahathir menyelar mufti-mufti jelas menunjukkan bahawa kecamannya ditujukan pada veteran politik itu.
 
Dr Mahathir mendakwa sikap berdiam diri mufti ini membuahkan ‘Amanat Hadi’ yang menghangatkan polemik isu kafir mengkafir, sehingga mencetuskan tragedi Memali.
 
Yang menghairankan mengapa Azmin menentang arus? Ketika nama Mahathir ditimang-timang sebagai calon Perdana Menteri Malaysia jika Pakatan Harapan menang Pilihanraya Umum ke-14 (PRU 14), Azmin dengan gagah ‘menegur’ tokoh berkenaan. Apa motifnya?
 
Adakah itu peringatan Azmin bahawa selain Mahathir, masih ada calon PH yang mampu mengisi kerusi Perdana Menteri? Kempen untuk dirinya sendiri agak jelas dalam akhbar Selangorkini edisi mutakhir yang menyanjung karisma dan bakat kepimpinannya.
 
Atau, adakah Azmin sekadar membawa mesej daripada mentornya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini masih terperok di Penjara Sungai Buloh bahawa tidak semudah itu bagi Mahathir “melupakan” beliau dalam percaturan siapa Perdana Menteri.
 
Mungkinkah Anwar kini memilih isu membela agama – mufti – untuk mencongak berapa kuat sokongan yang diberikan oleh bukan sahaja baki tiga lagi kerabat PH lain tetapi rakyat muslim keseluruhannya? 




Thus Article Azmin bela mufti atau Anwar?

Itulah artikel Azmin bela mufti atau Anwar? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Azmin bela mufti atau Anwar? dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/azmin-bela-mufti-atau-anwar.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Azmin bela mufti atau Anwar?"

Post a Comment