Benarkah "Amanat Hj Hadi" Bertepatan Dengan Hukum Syara' ?

Benarkah "Amanat Hj Hadi" Bertepatan Dengan Hukum Syara' ? - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Benarkah "Amanat Hj Hadi" Bertepatan Dengan Hukum Syara' ?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Benarkah "Amanat Hj Hadi" Bertepatan Dengan Hukum Syara' ?
link : Benarkah "Amanat Hj Hadi" Bertepatan Dengan Hukum Syara' ?

Baca juga


Benarkah "Amanat Hj Hadi" Bertepatan Dengan Hukum Syara' ?


Tun Dr Mahathir Mohamad membidas mufti-mufti kerana gagal menegur PAS yang didakwanya mengkafirkan sesiapa yang tidak menyertai PAS.
 “Saya ingin bertanya kepada mufti-mufti yang menjadi penasihat kepada raja, apabila PAS mendakwa bahawa orang yang tidak sertai PAS tu kafir, kenapa mufti-mufti tak betulkan kenyataan itu? 
 “Mereka berdiam seribu bahasa, seolah-olah mereka setuju dengan pendapat parti PAS. Kalau mereka setuju dengan PAS, mereka tak masuk PAS maka mereka juga kafir,” katanya dalam ucapan penggulungan perhimpunan agung PPBM hari ini. 
 Dr Mahathir mendakwa sikap berdiam diri mufti ini juga telah membuahkan Amanat Hadi yang semakin menghangatkan polemik isu kafir mengkafir. Baca lagi di sini
Ucapan penutup Mahathir pada perhimpunan agung BERSATU itu mendapat reaksi Hj Hadi.
Katanya, campur tangan politik dalam pengurusan pentadbiran bukan hanya menyebabkan mufti mengambil sikap berdiam diri yang difikirkan satu pendekatan lebih sesuai ketika itu, malah berlaku pemecatan hakim selain Ketua Polis Negara tidak boleh bertindak dengan cara yang tepat.
 "Tun M adalah pakar perubatan, bukan ahli hukum syarak, kerana ia (Amanat Haji Hadi) berkait dengan hukum syarak. Dia tidak boleh memaksa orang yang ahli dalam ilmu hukum syarak untuk memberikan fatwa mengikut kemahuan dia. 
 "Saya rasa mufti ambil sikap yang begitu (diam diri) pada zaman itu... zaman yang tidak ada pemisahan kuasa, sepatutnya dalam sistem pemerintahan demokrasi, berlaku sistem pemisahan kuasa antara legislatif, eksekutif dan kehakiman. 
"Apa yang berlaku ialah campur tangan politik terhadap pengurusan pentadbiran, itu berlaku menyebabkan hakim kena pecat. Ketua Polis Negara tidak boleh bertindak dengan cara yang tepat, mufti pun hendak dipaksa.. daripada mereka bercakap mereka jadi diam ketika itu, itu lebih selamat, itu suasana pada masa itu," katanya. Baca lagi di sini 
 Hj Hadi kata pada masa pemerintahan Dr Mahathir semua para mufti  takut nak bersuara sebab pada masa itu ada hakim kena pecat, selain Ketua Polis Negara tidak boleh bertindak dengan cara yang tepat...

Persoalan penting yang Tun Mahathir timbulkan dalam ucapannya itu ialah :

1) Kegagalan mufti-mufti menegur PAS yang didakwanya mengkafirkan sesiapa yang tidak menyertai PAS.

2) Sikap berdiam diri mufti ini juga telah membuahkan Amanat Hadi yang semakin menghangatkan polemik isu kafir mengkafir.

Kenyataan Hj Hadi jelas menunjukan beliau turut bersetuju terhadap  sikap 'Setan Bisu' para mufti dalam mendepani isu 'takfiri' yang di bawa oleh Pas ketika era Mahathir.

Malah Hj Hadi beranggapan tindakan para mufti tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap "Amanat Haji Hadi" ketika itu adalah kerana ia bertepatan dengan hukum syarak.
"Tun M adalah pakar perubatan, bukan ahli hukum syarak, kerana ia (Amanat Haji Hadi) berkait dengan hukum syarak. Dia tidak boleh memaksa orang yang ahli dalam ilmu hukum syarak untuk memberikan fatwa mengikut kemahuan dia.
Tetapi yang sebenarnya, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bermesyuarat di Pekan, Pahang (Februari 1986) memutuskan bahawa "Amanat Hadi Bercanggah Dengan Islam dan Prinsip Dakwah Islamiah". (Petikan Utusan Malaysia 20 Februari 1986).

Laporan itu juga menyatakan Hj Abd Hadi sendiri gagal menyahut cabaran pengerusi Jawatankuasa Fatwa untuk bermuzakarah sekiranya tidak bersetuju dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa ini.

Hj Hadi tidak menyambut cabaran pengerusi Jawatankuasa Fatwa tersebut dan perkara tersebut berhenti setakad itu sahaja.

Tidak tahu kenapa Majlis Agama Islam Kebangsaan  tidak mengambil sebarang tindakan yang lebih aggresif ke atas Hj Hadi ketika itu dengan mendakwanya membawa fahaman takfiri atau dibawah akta hasutan setelah Jawatankuasa Fatwa memutuskan bahawa "Amanat Hj Hadi" itu bercanggah dengan Islam pada tahun 1986 itu.

Sebaliknya, Hj Abd Hadi sendiri telah membuat penafian dalam akhbar tabloid EKSKLUSIF 21-27 Jun 1999.

 Beliau mendakwa tidak pernah mengatakan UMNO itu kafir dan dikatakan pula beliau menjelaskan batas-batas iman dan kufur yang termaktub dalam buku Mustika Hadis keluaran Jabatan Perdana Menteri.

 Apabila Hj Abd Hadi menjadi Menteri Besar, lidah rasmi kerajaan PAS Terengganu Warta Darul Iman (WDI) yang pertama 01 Jun 2000 pula digunakan untuk menyiarkan kenyataan palsu yang mendakwa "Amanat Hadi dianggap selesai apabila Majlis Agama Islam Kebangsaan memutuskan tiada apa-apa kesalahan dari segi agama".

 Ketika itu, kalau Mahathir mahu, tentu beliau boleh arahkan Ketua Polis Negara bertindak ke atas Hj Hadi ...

Sehingga kini, Hj Hadi terus bebas dengan "Amanat Hj Hadi" tanpa sebarang halangan...


Thus Article Benarkah "Amanat Hj Hadi" Bertepatan Dengan Hukum Syara' ?

Itulah artikel Benarkah "Amanat Hj Hadi" Bertepatan Dengan Hukum Syara' ? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Benarkah "Amanat Hj Hadi" Bertepatan Dengan Hukum Syara' ? dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/benarkah-amanat-hj-hadi-bertepatan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Benarkah "Amanat Hj Hadi" Bertepatan Dengan Hukum Syara' ?"

Post a Comment