Tajuk : Bonus penjawat awam, pesara hari ini: Najib
link : Bonus penjawat awam, pesara hari ini: Najib
Bonus penjawat awam, pesara hari ini: Najib
ANTARAPOSKUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, 1.6 juta penjawat awam dan 775,000 pesara kerajaan akan menerima manfaat bonus seperti diumumkan pada Bajet 2018, hari ini.
Perdana Menteri berkata ia membabitkan bayaran khas pertama sebanyak RM1,000 bagi penjawat awam dan RM500 bagi pesara.
"Insya-Allah, bayaran khas pertama sebanyak RM1,000 bagi penjawat awam dan RM500 bagi pesara seperti yang saya umumkan dalam #Bajet2018 akan dibayar pada 8 Januari.
"Moga dapat dimanfaatkan," katanya di Twitter rasminya, sebentar tadi.
Najib mengumumkan berita gembira itu pada Bajet 2018, bertemakan 'Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi Dan Ukhrawi, Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50, 27 Oktober lalu.
Najib mengumumkan, bayaran khas RM1,500 kepada semua penjawat awam iaitu RM1,000 akan dibayar pada awal Januari 2018 dan RM500 menjelang Aidilfitri.
Sementara itu, pesara kerajaan menerima bayaran khas RM750 iaitu RM500 dibayar pada Januari 2018 dan RM250 lagi menjelang Aidilfitri.
Thus Article Bonus penjawat awam, pesara hari ini: Najib
Itulah artikel Bonus penjawat awam, pesara hari ini: Najib Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Bonus penjawat awam, pesara hari ini: Najib dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/bonus-penjawat-awam-pesara-hari-ini.html
0 Response to "Bonus penjawat awam, pesara hari ini: Najib"
Post a Comment