BUKAN MASA KERJA UNTUK ORANG ITU, ORANG INI

BUKAN MASA KERJA UNTUK ORANG ITU, ORANG INI - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk BUKAN MASA KERJA UNTUK ORANG ITU, ORANG INI, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : BUKAN MASA KERJA UNTUK ORANG ITU, ORANG INI
link : BUKAN MASA KERJA UNTUK ORANG ITU, ORANG INI

Baca juga


BUKAN MASA KERJA UNTUK ORANG ITU, ORANG INI

Oleh Zulhazmi Sherif. 

 Jumlah kerusi Dewan Rakyat seluruh Malaysia ialah 222. Untuk mana-mana parti menerajui Kerajaan Malaysia mesti mendapat sekurang-kurangnya 112 kerusi Dewan Rakyat untuk majoriti mudah. Untuk selesa sebagai Kerajaan harus mendapat sekurang-kurangnya 130 kerusi. Untuk lebih baik dengan majoriti 2/3 ialah sekurang-kurangnya 150 kerusi. 

 Semalam diumumkan pembahagian kerusi bagi Pakatan Harapan untuk Semenanjung Malaysia berjumlah 165 kerusi. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) diperuntukkan 52 kerusi, Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) sebanyak 51 kerusi, Parti Tindakan Demokratik (DAP) memperoleh 35 kerusi manakala Parti Amanah Negara (AMANAH) mendapat 27 kerusi. Baki 57 kerusi di Sabah dan Sarawak masih belum diumumkan. Mungkin belum dimuktamadkan. 

 Apabila diumumkan, riuh rendah Malaysia dengan pujian, kelegaan, ketidakpuasan hati, ejekan, hinaan dan sebagainya. Ianya sesuatu yang biasa. Mustahil dalam dunia ini untuk puaskan hati semua pihak. 

 Paling seronok bila baca pihak yang tidak tahu letak duduk diri mereka. Mereka di sebelah pembangkang? Mereka di sebelah pemerintah? Mereka bebas? Mereka apa pun tak tahu. Mereka yang berlebih-lebih. Kalau yang terlibat meluahkan rasa, kita faham tetapi yang kononnya tidak terlibat dan tidak mahu terlibat pula lebih kawah dari beras. 

 Pakatan Harapan hanya perlukan 112 kerusi untuk menggantikan BN. Jika dari 165 kerusi di Semenangjung, Pakatan Harapan berjaya mendapat 112, takkan Sabah Sarawak tak ada langsung untuk Pakatan Harapan kerana di sana ada DAP, KeADILan dan juga Warisan walaupun tidak rasmi bersama Pakatan Harapan tetapi tidak bersama BN. 

 Sekarang DAP contohnya mempunyai 30 Ahli Dewan Rakyat di Parlimen Malaysia bagi Semenangjung Malaysia. DAP diperuntukkan tambahan 5 kerusi untuk PRU14 nanti. Jika DAP berjaya memenangi tambahan 5 tersebut, DAP telah berjaya melakukan tanggungjawab yang diberikan oleh Pakatan Harapan kepada mereka untuk Malaysia. 

 Begitu juga KeADILan yang diperuntukkan 51 kerusi. Sekarang KeADILan mempunyai 27 Ahli Dewan Rakyat di Semenanjung Malaysia. KeADILan diperuntukkan 51 kerusi untuk dimenangi, jika KeADILan berjaya memenangi 40 kerusi, Pakatan Harapan sudah memperoleh 75 kerusi. 

Harapan seterusnya kepada PPBM dan AMANAH untuk mendapatkan baki 37 kerusi bagi memperoleh majoriti mudah. Jika PPBM berjaya memenangi 20 kerusi daripada 52 yang diperuntukkan manakala AMANAH berjaya memenangi 17 daripada 27 yang diberikan, BN akan tumbang. 

 Jika di Semenanjung kita boleh mendapat majoriti mudah, insyaAllah Sabah dan Sarawak juga akan bersama kita. 

 Fokus utama Pakatan Harapan ialah mengalahkan BN dalam PRU14 akan datang. Semua pihak yang mempunyai niat menjatuhkan BN dan hendak melihat sekali dalam hayatnya bahawa BN menjadi pembangkang di Malaysia WAJIB bersama Pakatan Harapan. Inilah peluang terbaik kita semua untuk melihat BN dijatuhkan. 

 Bermula dengan langkah pembahagian kerusi, insyaAllah semua pergerakan lain akan menyusul selesai. Tiada yang sempurna tetapi menjadi tugas kita memperbaiki yang tidak sempurna. 

 Sekarang bukan masa kita bekerja untuk orang itu orang ini tetapi kita melaksanakan tanggungjawab untuk kita sendiri, ahli keluarga kita dan akhirnya untuk masa depan negara. 

 Raikan 27 kerana di sana ada 7.


Thus Article BUKAN MASA KERJA UNTUK ORANG ITU, ORANG INI

Itulah artikel BUKAN MASA KERJA UNTUK ORANG ITU, ORANG INI Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel BUKAN MASA KERJA UNTUK ORANG ITU, ORANG INI dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/bukan-masa-kerja-untuk-orang-itu-orang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "BUKAN MASA KERJA UNTUK ORANG ITU, ORANG INI"

Post a Comment