Calon PM: "Saya akan ikut keputusan kesemua empat parti,"

Calon PM: "Saya akan ikut keputusan kesemua empat parti," - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Calon PM: "Saya akan ikut keputusan kesemua empat parti,", Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Calon PM: "Saya akan ikut keputusan kesemua empat parti,"
link : Calon PM: "Saya akan ikut keputusan kesemua empat parti,"

Baca juga


Calon PM: "Saya akan ikut keputusan kesemua empat parti,"

Saya tak akan jadi PM sampai usia 100 tahun - Dr M
mk      Hari ini, 3:09 pm
Walaupun tidak menyatakan dengan jelas, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata soal sama ada beliau perlu dinamakan sebagai calon perdana menteri "sementara" bagi Pakatan Harapan (HARAPAN) atau tidak bukanlah perkara besar, memandangkan usianya yang sudah lanjut.

"Tahun ini usia saya 92 tahun. Saya sudah nak masuk 93 tahun. (Dan) Jelas saya tidak akan menjadi perdana menteri atau apa sahaja sehingga berusia 100 tahun," katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Ditanya lagi sama ada HARAPAN perlu menggunakan istilah "perdana menteri sementara", beliau berkata: Terpulang kepada mereka (parti komponen). Kami adalah pakatan bebas, kami boleh menggunakan apa sahaja istilah yang kami mahu."

Semalam, Malaysiakini melaporkan PKR lebih cenderung untuk menggunakan istilah "perdana menteri sementara" manakala Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Parti Amanah Negara (AMANAH) dan DAP berpandangan istilah itu tidak akan memberi kesan seperti yang mereka harapkan.

Menurut sumber, istilah itu tidak mendatangkan keyakinan dan menimbulkan tanggapan HARAPAN tidak mampu untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang stabil.

Malaysiakini juga melaporkan yang HARAPAN dijangka mengumumkan Mahathir sebagai calon perdana menteri dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon timbalan perdana menteri ketika konvensyen gabungan itu Ahad ini.

Soal istilah itu dijangka akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden HARAPAN esok. Pengumuman tersebut akan dibatalkan jika tiada kata sepakat dapat dicapai antara semua parti komponen.

Mengulas laporan Malaysiakini itu, Mahathir berkata beliau akan akur dengan keputusan keempat-empat parti.

"Saya akan ikut keputusan kesemua empat parti," katanya.

Berkenaan pendirian PKR dalam soal itu pula, Mahathir berkata beliau tidak tahu kerana parti tersebut "tidak memaklumkan apa-apa".


Thus Article Calon PM: "Saya akan ikut keputusan kesemua empat parti,"

Itulah artikel Calon PM: "Saya akan ikut keputusan kesemua empat parti," Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Calon PM: "Saya akan ikut keputusan kesemua empat parti," dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/calon-pm-saya-akan-ikut-keputusan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Calon PM: "Saya akan ikut keputusan kesemua empat parti,""

Post a Comment