Tajuk : Datuk Farid Kamil positif ganja, tampar polis
link : Datuk Farid Kamil positif ganja, tampar polis
Datuk Farid Kamil positif ganja, tampar polis
ISMA WEB
BANGI – Pelakon terkenal, Datuk Farid Kamil Zahari disahkan positif dadah jenis ganja dan kini ditahan selepas dipercayai mengamuk serta menyerang seorang anggota polis di Kota Damansara, hari ini.
Penahanan pelakon berusia 36 tahun itu disahkan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zaini Che Din.
“Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis ganja.
“Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 90 Akta Polis 1967,” katanya seperti dilapor Kosmo!, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.20 petang itu, Farid dilaporkan hadir ke Balai Polis Trafik Kota Damansara bersama seorang rakan untuk membuat laporan berhubung kes kemalangan jalan raya.
Menurut laporan MStar, apabila ditanya mengenai tujuan laporan ingin dibuat, Farid menunjukkan mesej aplikasi Whatsapp berhubung ‘300 artis hutang ah long’.
Selebriti terbabit secara tiba-tiba berang sebelum menampar anggota polis berkenaan yang turut disaksikan seorang anggota lain dan tiga orang awam.
Thus Article Datuk Farid Kamil positif ganja, tampar polis
Itulah artikel Datuk Farid Kamil positif ganja, tampar polis Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Datuk Farid Kamil positif ganja, tampar polis dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/datuk-farid-kamil-positif-ganja-tampar.html
0 Response to "Datuk Farid Kamil positif ganja, tampar polis"
Post a Comment