Disorok Jin: Korang percaya tak?

Disorok Jin: Korang percaya tak? - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Disorok Jin: Korang percaya tak?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Disorok Jin: Korang percaya tak?
link : Disorok Jin: Korang percaya tak?

Baca juga


Disorok Jin: Korang percaya tak?

Ghaib disorok jin?
Mohamad Zulhairie Manzaidi
am@hmetro.com.my
Zawiyah Ismail, 48, menunjukkan kawasan Nurul Husna ditemui dalam keadaan basah kuyup dan kebingungan. (Gambar kiri) Nik Nur Ariesa dan Nurul Husna yang hilang lebih dua jam. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

DUA kanak-kanak perempuan 'ghaib' selama dua jam selepas dibawa bermain di kolam oleh seorang wanita di Kampung Tok Malek, Wakaf Bharu, Tumpat, semalam.

Nurul Husna Ab Hadi, 6, dan sepupunya Nik Nur Ariesa Nik Muhd Zurairi, 6, dilapor hilang selepas tidak pulang sebaik selesai sesi tadika, kira-kira 12.30 tengah hari.

Bagaimanapun, kedua-duanya ditemui dalam kepenatan dan kuyup serta beg sekolah dipenuhi air pada 2.35 petang.

Nurul Husna ditemui di perdu pokok tebu terletak kira-kira 50 meter dari tadikanya, manakala Nurul Husna di kebun durian milik datuknya yang terletak kira-kira 100 meter dari rumahnya.

Ketika ditemui, Nurul Husna memberitahu dia hanya mengikut seorang wanita dipanggilnya 'kakak' ke kolam.

"Ada 'kakak' tarik tangan kami dan ajak main di kolam. Jadi kami ikut saja. Kami pun tak tahu dia bawa ke mana," katanya ketika ditemui di rumahnya di kampung itu, hari ini.

Menurut ibu Nurul Husna, Hazama Hassan, 44, dia menyedari kehilangan anaknya itu selepas dia tidak pulang sehingga 12.45 tengah hari dan mula mencarinya di tadika.

"Apabila saya tiba di tadika, orang kampung beritahu anak dan sepupunya sudah pulang pada 12.30 tengah hari lagi. Saya panik dan segera meminta bantuan mereka mencari.

"Kira-kira 50 penduduk kampung membantu kami mencari mereka berdua namun, tiada. Solat hajat turut diadakan selepas Zohor di surau berkenaan," katanya.

Dia juga membuat laporan polis kehilangan itu sebelum dihubungi jiran memaklumkan melihat anaknya dan Nik Nur Ariesa.

Katanya, ketika ditemui, Nurul Husna memberitahu bermain di 'kolam' yang jaraknya 300 meter dari rumah kami.

"Sedangkan 'kolam' yang ditunjukkan itu adalah bendang. Ketika ditemui, mereka memang nampak penat dengan baju sekolah basah dan beg penuh air dan lumpur.

"Badan mereka juga dihinggapi lintah," katanya yang kemudian menghantar kedua-dua kanak-kanak itu ke Klinik Kesihatan Wakaf Bharu, di sini sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan lanjut.

Menurutnya, dia sangat bersyukur dua kanak-kanak itu selamat dan tidak diapa-apakan, selain berharap kejadian sama tidak berulang.

Dia juga tidak menolak kemungkinan wujud gangguan makhluk halus, namun enggan memikirkan lanjut hal itu.

* Pada aku susah nak cakap kepada orang tak biasa. Ikut pengalaman aku pernah bebereapa kali terserempak dengan puak-puak jenis ini semasa aku trekking atau mendaki dan adakalanya sempat berdialoq lagi, bertanya khabar dan tujuan.

Cucu aku yang sulung pernah berdialoq dengan makhluk ni yang dipanggilnya 'abang' dan diajak bermain. Cuma cucuku tak layan sebab dah dipesan jangan layan.

Cucu aku yang ni pulak (anak sulung kepada anak kedua aku) boleh nampak dan siap bercerita lagi pada ayahnya tentang apa yang dia 'sedang lihat' - tengok video di bawah:


Thus Article Disorok Jin: Korang percaya tak?

Itulah artikel Disorok Jin: Korang percaya tak? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Disorok Jin: Korang percaya tak? dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/disorok-jin-korang-percaya-tak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Disorok Jin: Korang percaya tak?"

Post a Comment