Dr Mahathir dakwa Umno dalangi kempen boikot PRU14

Dr Mahathir dakwa Umno dalangi kempen boikot PRU14 - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Dr Mahathir dakwa Umno dalangi kempen boikot PRU14, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Dr Mahathir dakwa Umno dalangi kempen boikot PRU14
link : Dr Mahathir dakwa Umno dalangi kempen boikot PRU14

Baca juga


Dr Mahathir dakwa Umno dalangi kempen boikot PRU14

 
Bekas perdana menteri berkata, tindakan memboikot PRU14 hanya akan menguntungkan BN dan mengekalkan kedudukan Najib sebagai perdana menteri.
 
 
mahathir-mohamad-pc-malaysia-3

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Umno mendalangi kempen memboikot pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, tindakan berfikiran sempit itu hanya akan menguntungkan Barisan Nasional (BN) serta mengekalkan kedudukan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.

“Ini berfikiran sempit. Kalau kita tidak mahu ubah kerajaan, saya tidak perlu terlibat lagi dalam perkara ini, saya sendiri sudah 92 tahun.

“Kebanyakan orang datang daripada parti sebelah sana iaitu Umno, mereka kata kononnya tidak ada beza di antara PH dan BN, maka jangan ambil bahagian.

“Mereka tahu kalau ramai yang tidak mengundi, ia akan bantu BN capai kemenangan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat pimpinan PH di Yayasan Kepimpinan Perdana, hari ini.

Sebelum ini, pengguna media sosial melancarkan kempen #UndiRosak bagi membantah pemilihan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri PH kerana ia lari daripada matlamat reformasi yang diperjuangkan gabungan pembangkang selama ini.

Pada 7 Januari lalu, PH mengumumkan Dr Mahathir sebagai calon perdana menterinya dan berikrar menggunakan semua saluran undang-undang untuk membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menggantikannya, jika PH memenangi PRU14.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, mereka yang menyokong kempen boikot itu terdiri daripada pengundi muda yang jumlahnya tidak sampai 1%.

“Mereka dilahirkan dalam keadaan negara membangun dan tanpa usaha perdana menteri sebelum ini, kita tidak akan capai apa yang kita capai hari ini.

“Tetapi, perdana menteri pada hari ini harus pergi, walaupun saya pernah bersamanya dalam parti sebelum ini, tetapi saya tidak curi duit, tidak tubuhkan 1MDB.”

Katanya, jika gabungan 4 parti pembangkang itu berjaya menawan Putrajaya, mereka melalui dasar reformasi PH akan memastikan pentadbiran kerajaan baharu berbeza daripada sekarang.

“Kita semua tahu banyak perbezaan antara Najib dan calon PH. Kita ada program kita yang tertentu, tukar struktur kerajaan itu sendiri. Contohnya, cara Najib gunakan kuasa ini agak keterlaluan, langsung tidak ada pengasingan kuasa,” katanya.

Bekas pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman menggalakkan penyokong BN yang tidak berpuas hati dengan Najib tidak keluar mengundi.

“Kalau nak seru boikot ni adalah orang yang berada di sebelah sana. Saya nak galakkan orang di sebelah sana yang bencikan kleptokrasi daripada pemimpin mereka supaya tidak keluar mengundi.

“Saya hendak galakkan yang keluar mengundi ini hanyalah dari orang kita sahaja,” katanya yang mengakui tiada peruntukan undang-undang untuk menghukum individu memboikot undi.

LIHAT VIDEO DI SINI




Thus Article Dr Mahathir dakwa Umno dalangi kempen boikot PRU14

Itulah artikel Dr Mahathir dakwa Umno dalangi kempen boikot PRU14 Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Dr Mahathir dakwa Umno dalangi kempen boikot PRU14 dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/dr-mahathir-dakwa-umno-dalangi-kempen.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Dr Mahathir dakwa Umno dalangi kempen boikot PRU14"

Post a Comment