Dua restoran kena serbu guna logo halal Jakim tanpa kebenaran

Dua restoran kena serbu guna logo halal Jakim tanpa kebenaran - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Dua restoran kena serbu guna logo halal Jakim tanpa kebenaran, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Dua restoran kena serbu guna logo halal Jakim tanpa kebenaran
link : Dua restoran kena serbu guna logo halal Jakim tanpa kebenaran

Baca juga


Dua restoran kena serbu guna logo halal Jakim tanpa kebenaran

ISMA WEB
 

BANGI – Dua restoran makanan di Mantin diserbu kerana menggunakan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tanpa kebenaran.

Serbuan bermula jam 11 pagi sehingga 1.30 tengah hari tadi dilakukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

Pengarahnya KPDNKK Negeri Sembilan, Ain Arjuna Aziz Zaman berkata, logo halal yang dipamerkan di kedua-dua restoran telah disita bagi siasatan lanjut mengikut Perintah 4(1)(a), Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

“Penggunaan sijil atau logo halal adalah untuk pemegang sijil halal yang dikeluarkan Jakim sahaja. Menjadi satu kesalahan jika ada pihak yang menyalahgunakannya.

“Oleh itu, kita mengambil tindakan menyita logo halal dipamerkan di dua premis itu bagi mengelak pengguna keliru seolah-olah premis itu mendapat pensijilan halal daripada Jakim,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua pemilik restoran idisiasat mengikut Perintah 4(1)(a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, iaitu menggunakan logo halal Jakim tanpa kebenaran.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya bagi individu, manakala bagi pertubuhan perbadanan pula boleh didenda sehingga RM250,000.




Thus Article Dua restoran kena serbu guna logo halal Jakim tanpa kebenaran

Itulah artikel Dua restoran kena serbu guna logo halal Jakim tanpa kebenaran Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Dua restoran kena serbu guna logo halal Jakim tanpa kebenaran dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/dua-restoran-kena-serbu-guna-logo-halal.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Dua restoran kena serbu guna logo halal Jakim tanpa kebenaran"

Post a Comment