Tajuk : Guan Eng sendiri dolak-dalik isu projek terowong dasar laut
link : Guan Eng sendiri dolak-dalik isu projek terowong dasar laut
Guan Eng sendiri dolak-dalik isu projek terowong dasar laut
ANTARAPOSPULAU PINANG: Ketua Menteri, Lim Guan Eng ditempelak selepas menuduh Barisan Nasional (BN) cuba mensabotaj projek terowong dasar laut dan tiga lebuh raya yang dirancang di negeri ini.
Sedangkan, menurut Pengerusi Barisan Nasional (BN), Teng Chang Yeow, projek itu sebenarnya disabotaj Kerajaan DAP Pulau Pinang sendiri yang memberi jawapan berdolak-dalik serta mengelirukan setiap kali timbul kontroversi mengenainya dibangkitkan.
Sebagai contoh, kata beliau, Kerajaan DAP Pulau Pinang pada Mei 2015 ketika sidang DUN memaklumkan projek itu akan bermula pada 2016 hingga 2020.
“Kini sudah 2018 tetapi bayang projek itu pun tidak nampak, tetapi kemudian dalam sidang DUN tahun lepas mereka mendakwa projek tiga lebuh raya akan bermula pertengahan tahun ini pula.
“Jadi siapa sebenarnya yang sering membuat kenyataan mengelirukan dan mensabotaj projek sendiri?” katanya dipetik Utusan Online.
Semalam, dalam sidang akhbarnya, Guan Eng mendakwa kerajaan negeri ketika ini tidak pasti sama ada projek terowong dasar laut dan tiga lebuh raya dapat diteruskan atau tidak selepas mendakwa disabotaj BN.
Thus Article Guan Eng sendiri dolak-dalik isu projek terowong dasar laut
Itulah artikel Guan Eng sendiri dolak-dalik isu projek terowong dasar laut Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Guan Eng sendiri dolak-dalik isu projek terowong dasar laut dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/guan-eng-sendiri-dolak-dalik-isu-projek.html
0 Response to "Guan Eng sendiri dolak-dalik isu projek terowong dasar laut"
Post a Comment