Himpunan Fastaqim: PAS akur keputusan MDKS

Himpunan Fastaqim: PAS akur keputusan MDKS - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Himpunan Fastaqim: PAS akur keputusan MDKS, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Himpunan Fastaqim: PAS akur keputusan MDKS
link : Himpunan Fastaqim: PAS akur keputusan MDKS

Baca juga


Himpunan Fastaqim: PAS akur keputusan MDKS

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS akur dengan keputusan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) yang tidak membenarkan Himpunan Fastaqim 2.4 anjuran parti itu diadakan di Stadium Tertutup Kuala Selangor, Ahad ini. 
 
Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, pihaknya sudah mengenalpasti lokasi alternatif untuk program berkenaan.  
  
Beliau menambah, program yang dijadualkan berlangsung pada Ahad ini akan tetap diteruskan meskipun penganjur terpaksa menukar lokasi pada saat-saat akhir susulan keputusan MDKS. 
 
"Kita akur dengan keputusan Majlis Daerah Kuala Selangor. Kita pindahkan ke lokasi lain," katanya ringkas kepada Antarapos.
 
Beliau berkata, kemungkinan lokasi program akan dipindahkan ke Shah Alam.
 
Bagaimanapun butiran lanjut mengenai lokasi itu hanya akan dimaklumkan esok (Jumaat).
 
"Sebab ada dua, tiga tempat (sedang dikenalpasti)...kerana ia libatkan mobilisasi ramai, jadi kesesuaiannya dan sebagainya kita kena kaji," katanya.
 
Antarapos terdahulu melaporkan MDKS memutuskan untuk tidak membenarkan acara anjuran PAS itu diadakan di Stadium Tertutup Kuala Selangor, Ahad ini, susulan stadium berkenaan sedang dalam proses baik pulih (renovation).
 
Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan MDKS, Mohamad Yusli Askandar turut menegaskan, keputusan itu tiada kena mengena dengan desas desus kononnya pihak berkuasa tempatan itu menerima 'arahan' daripada pihak tertentu untuk menyekat program PAS. 




Thus Article Himpunan Fastaqim: PAS akur keputusan MDKS

Itulah artikel Himpunan Fastaqim: PAS akur keputusan MDKS Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Himpunan Fastaqim: PAS akur keputusan MDKS dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/himpunan-fastaqim-pas-akur-keputusan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Himpunan Fastaqim: PAS akur keputusan MDKS"

Post a Comment