Isteri koma selepas diragut, suami mahu suspek dihukum setimpal

Isteri koma selepas diragut, suami mahu suspek dihukum setimpal - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Isteri koma selepas diragut, suami mahu suspek dihukum setimpal, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Isteri koma selepas diragut, suami mahu suspek dihukum setimpal
link : Isteri koma selepas diragut, suami mahu suspek dihukum setimpal

Baca juga


Isteri koma selepas diragut, suami mahu suspek dihukum setimpal

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KOTA BHARU: Suami kepada suri rumah yang koma selepas diragut dua beradik di Kampung Sri Rabana, Machang kelmarin, mahu pelaku jenayah itu dikenakan hukuman setimpal.
 
Mohd Zairie Mohamad Zain, 48, berkata dia mahukan keadilan sepenuhnya bagi mengheret penjenayah terbabit ke muka pengadilan kerana mengakibatkan isterinya, Maria Erianty Zakaria, 40, cedera parah di kepala.
 
Katanya, Maria Erianty masih koma walaupun sudah menjalani pembedahan mengeluarkan darah beku di kepala, semalam.
 
Kakitangan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Machang itu, berkata tindakan suspek menendang motosikal ditunggang isterinya adalah melampau kerana turut menyebabkan mangsa retak bahu kiri selepas terjatuh.
 
"Isteri sudah stabil dan doktor nasihat supaya dia diberikan masa untuk berehat selain terus dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).
 
"Cuma keempat-empat anak kami berusia 10 hingga 21 tahun sedih dan sering bertanya keadaan ibu mereka yang masih terlantar dan tidak sedarkan diri," katanya dipetik Berita Harian Online.
 
Mohd Zairie bersyukur kerana dua penjenayah terbabit sudah ditangkap hasil bantuan penduduk kampung.
 
"Cuma saya mengharapkan isteri cepat sembuh. Saya dan anak rindu untuk mendengar suaranya," katanya.
 
Mohd Zairie berkata, selain tidak sedarkan diri, suhu badan isterinya naik dan tekanan darah tidak stabil.
 
"Walaupun keadaannya teruk, saya bangga dengan keberanian isteri mengejar suspek selepas diragut. Jika wanita lain, saya percaya mereka pasti panik dan kaku jika terbabit dalam kejadian seperti itu," katanya.
 
Dalam kejadian jam 6.30 petang kelmarin, Maria Erianty yang dalam perjalanan pulang dari aktiviti senamrobik, parah di kepala dan patah tangan kiri selepas terjatuh dari motosikalnya dalam kejadian ragut.
 
Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Dzulkifli Ab Ghani, berkata dua beradik berusia 26 tahun dan 14 tahun yang meragut mangsa, ditahan sejurus kemudian dan didapati positif methamphetamine.
 
 


Thus Article Isteri koma selepas diragut, suami mahu suspek dihukum setimpal

Itulah artikel Isteri koma selepas diragut, suami mahu suspek dihukum setimpal Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Isteri koma selepas diragut, suami mahu suspek dihukum setimpal dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/isteri-koma-selepas-diragut-suami-mahu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Isteri koma selepas diragut, suami mahu suspek dihukum setimpal"

Post a Comment